KL CHRONICLE: Tahniah @MyRapidKL berjaya tangkap suspek gangguan seksual dalam tren LRT #DemiRakyat #SafetyFirst

Friday, December 15, 2017

Tahniah @MyRapidKL berjaya tangkap suspek gangguan seksual dalam tren LRT #DemiRakyat #SafetyFirst


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad, syarikat yang mengendalikan operasi perkhidmatan tren Rapid KL kerana telah berjaya menangkap suspek gangguan seksual seperti yang dilaporkan oleh beberapa orang pengguna di laman Twitter beberapa jam lepas. Penangkapan suspek membuktikan bahawa Rapid KL sememangnya cekap dalam hal - hal yang melibatkan gangguan seksual terhadap pengguna perkhidmatan tren Rapid KL.




Namun demikian, kami di #KLChronicle juga kesal dengan tindakan biadap, kurang ajar serta tidak bertanggungjawab beberapa orang "sahabat" kepada mangsa kes gangguan seksual yang dilaporkan. Ini kerana mereka ini langsung tidak memberikan Rapid KL peluang menjalankan tugas mereka (Rapid KL) tetapi hanya tahu mengkritik pihak Rapid KL sahaja. Tahukah makhluk - makhluk ini bahawa jumlah pengguna Rapid KL mencecah puluhan ribu satu hari?


Akibat bilangan pengguna yang tinggi, untuk mengenalpasti seorang suspek gangguan seksual ianya mengambil masa yang agak lama. Namun dengan kecanggihan CCTV yang ada, suspek akan dan boleh dikenal pasti tetapi memerlukan sedikit masa dari pihak security dan sebagainya. Lagi satu yang kami rasa ramai tak tahu bahawa segala bukti seperti rakaman CCTV tidak akan diberikan kepada mangsa tetapi kepada pihak Polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Apa pun kami di #KLChronicle gembira kes ini telah selesai namun kami ingin merayu dan memohon kepada pengguna supaya bersabar dan biar pihak Rapid KL jalankan siasatan terperinci. Jangan pengguna Twitter seperti Dhabitah Zainal ini pula mahu pandai - pandai. 

Terima Kasih

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget