KL CHRONICLE: SPAD terus tingkatkan operasi penguatkuasaan sempena cuti sekolah #DemiRakyat #Negaraku #Malaysia

Wednesday, December 13, 2017

SPAD terus tingkatkan operasi penguatkuasaan sempena cuti sekolah #DemiRakyat #Negaraku #Malaysia


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana akan terus berkhidmat demi keselamatan rakyat dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu 24 jam sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2018, bermula 22 Disember hingga 2 Januari depan.



Bagi kami di #KLChronicle, keputusan SPAD dalam meneruskan operasi bersepadu 24 jam dari 22 Disember sehingga 2 Januari merupakan satu keputusan yang tepat dan sudah pastinya diterima baik oleh rakyat di negara ini. Umum ketahui bahawa pada tempoh itu, jumlah pengguna jalan raya adalah sangat tinggi mengambil kira cuti sekolah, perayaan Krismas dan Sambutan Tahun Baru 2018. 

 Memetik kata - kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri ;
"operasi yang akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya itu adalah bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu yang melanggar undang-undang."
"Pegawai penguatkuasaan SPAD juga akan meronda lokasi-lokasi di pusat bandar serta terminal-terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen, selain memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket,"
Sudah semestinya, selain memastikan keselamatan pengguna di jalan raya, kami juga bersetuju dengan kenyataan YB Nancy bahawa ulat - ulat tiket juga harus dihapuskan. INi adalah supaya tidak lagi berlaku penipuan penjualan tiket haram yang akhirnya menyusahkan pengguna atau penumpang yang mahu pulang ke kampung halaman sempena cuti sekolah. 

Tetapi alhamdulillah, jika kita lihat "trending" isu penipuan pembelian tiket sudah sangat berkurangan. Ada dua sebab isu ini semakin kurang iaitu pertama sekali sudah semestinya penguatkuasaan berterusan dari pihak SPAD dan kedua semakin ramai syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan pembelian tiket online. Namun sudah semestinya, kes ulat tiket ini masih berlaku di bandar - bandar kecil dan ianya harus dibendung sehabis baik.

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget