Hari ini kami di #KLChronicle diberikan kesempatan untuk membuat liputan program Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan mencuba perkhidmatan rel yang dioperasikan oleh Rapid KL. Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta dif - dif kehormat yang lain.
Dalam program yang selesai dengan jaya nya petang tadi, DYMM Sultan Selangor telah bertitah :
“Beta berharap rakyat jelata akan terus menggunakan pengangkutan awam MRT dan LRT ini dengan berhemah dan sentiasa menjaga kebersihan serta jangan membuang sampah merata-rata di kawasan stesen dan juga di dalam tren.
Beta dapat lihat perkhidmatan MRT dan LRT yang dibina oleh kerajaan ini sebagai satu usaha yang sangat baik dan membanggakan.
Beta sendiri merasai keselesaan ketika menaikinya dan kagum dengan teknologi dan sistem yang digunapakai. Justeru, rakyat haruslah menghargai dan tidak melakukan vandalisme atau kerosakan kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan. Semoga perkhidmatan pengangkutan awan yang efisyen sebegini akan terus memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.”
Selain itu, kami di #KLChronicle juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia bahawa hari ini genap satu (1) tahun perkhidmatan MRT telah beroperasi dan hampir 20 juta orang telah menggunakan MRT. Ini membuktikan bahawa keputusan kerajaan BN untuk berbelanja berbillion ringgit untuk infra-rakyat seperti MRT adalah tepat kerana ianya memberi manfaat kepada rakyat.
Konklusinya, Prasarana Negara Berhad juga sedang dalam proses mengenal pasti beberapa perkara operasi yang boleh ditambahbaik untuk keselesaan penumpang dan bagi kami di #KLChronicle ini merupakan satu perkara yang sangat baik.
No comments:
Post a Comment