KL CHRONICLE: SPAD gantung permit kenderaan pengendali bas pekerja #Penang #Negaraku #Malaysia

Monday, October 30, 2017

SPAD gantung permit kenderaan pengendali bas pekerja #Penang #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini negara dikejutkan dengan insiden kemalangan maut di Pulau Pinang yang melibatkan dua buah bas pekerja yang meragut nyawa beberapa penumpang. Bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu arahan dimana SPAD telah menggantung permit kenderaan pengendali bas pekerja tersebut bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.



Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu tindakan yang tepat oleh SPAD kerana mungkin punca kemalangan adalah kerana "malfunction" atau pun kerosakan pada sistem bas pekerja tersebut. Jika ini benar, mungkin bas - bas lain yang dibawah syarikat pengendali iaitu KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd mengalami kerosakan yang sama dan harus disiasat.

SPAD sebagai badan yang bertanggungjawab dalam hal - hal pengangkutan awam darat sudah mengambil langkah yang sepatutnya. Namun kami sangat berharap bahawa syarikat pengendali juga tidak lepas tangan dan melihat balik segala Standard Operating Procedure (SOP) mereka supaya kes seperti ini tidak berulang lagi. Lebih - lebih lagi seperti rekod maintenance haruslah sentiasa dikemaskini bagi memastikan bas berada dalam keadaan yang baik dan selamat. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget