KL CHRONICLE: Diberi RM 5,000 dan lesen individu, pemandu teksi disayangi kerajaan BN #DemiRakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia

Thursday, August 24, 2017

Diberi RM 5,000 dan lesen individu, pemandu teksi disayangi kerajaan BN #DemiRakyat #SPAD #Negaraku #Malaysia


Baru - baru ini, kerajaan Barisan Nasional melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberikan lesen teksi individu kepada 300 orang pemandu teksi yang sebelum ini terjerut dengan sistem pajak (sewa -  beli) dengan syarikat teksi. Pemberian lesen individu ini adalah salah satu inisiatif dibawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk meningkatkan kebajikan pemandu teksi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 




Menyedari hakikat bahawa pemandu teksi terbeban dengan sistem pajak (sewa - beli) yang terbukti tidak menguntungkan, baru - baru ini juga Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dimana ini membenarkan SPAD untuk meneliti kontrak sewa beli (pajak) bagi memastikan ianya adil bagi kedua-dua pihak.



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan kerajaan yang dilihat begitu bersungguh - sungguh membela nasib pemandu teksi merupakan satu perkara yang sangat membanggakan. Ini membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap permasalahan yang dialami oleh pemandu teksi dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah ini demi kebaikan semua pihak. 



Malah, tahukah anda kerajaan melalui SPAD juga telah memberikan sebanyak RM 5,000 geran kepada 88 orang daripada penerima lesen individu bagi membantu mereka membeli kenderaan untuk digunakan sebagai teksi. Ini dalam bahasa mudah merupakan sebagai satu bentuk "modal" yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi yang terpilih untuk membeli kereta dan mula mencari rezeki yang halal dan sah disisi undang -  undang.

Mana ada kerajaan di dunia ini yang memberikan pemandu teksi wang untuk mereka membeli teksi dan kemudian memberi permit individu kepada pemandu teksi untuk memulakan operasi. Ini semua merupakan usaha kerajaan bagi memastikan pendapatan pemandu teksi berada pada tahap yang memuaskan. 

Sudah tidak relevan lagi sistem pajak yang diperkenalkan pada masa dahulu yang hanya menguntungkan towkay syarikat teksi tetapi menindas pemandu teksi sehingga ada yang terpaksa kerja ketika sakit dan sebagainya hanya untuk membayar "sewa harian" teksi kepada syarikat pajak. Malah kini melalui SPAD satu skim insurans terhadap pemandu teksi juga sudah diperkenalkan.

Bukankah ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap pemandu teksi di negara ini?

2 comments:

Anonymous said...

dedak sudah turun..money is king..syabs BN..

Anonymous said...

Zaman Madey Kutty mana ada semua ini yang dia tahu bina keuntungan untuk kroni dia.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget