KL CHRONICLE: Projek Jejantas "Sotong" DAP di Pulau Pinang terbengkalai, syarikat konsesi mengamuk

Saturday, May 20, 2017

Projek Jejantas "Sotong" DAP di Pulau Pinang terbengkalai, syarikat konsesi mengamuk


Selama ini,  DAP menentang pemberian kontrak secara konsesi yang dilakukan kerajaan Pusat. Kini, kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang mempraktikkan amalan itu.

Lim Guan Eng memberi konsesi pengiklanan selama 25 tahun kepada syarikat swasta yang menanggung kerja-kerja menaik taraf Jejantas Komtar Walk yang menelan kos RM6 juta. Projek menaik taraf jejantas  itu yang dimulakan pada 2015 akhirnya terbengkalai.



Nasib sama berlaku kepada projek pembinaan tempat letak kereta di Bukit Bendera yang terbengkalai sehingga terpaksa dirobohkan, pengubahsuaian Pasar Chow Rasta yang lambat siap serta rancangan tebatan banjir yang masih belum selesai sehingga kini.

Guan Eng juga gagal menyiapkan kajian  projek Terowong Dasar Laut meskipun lebih RM100 juta telah dibelanjakan.

#pakatanproDAP

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget