KL CHRONICLE: @JDhinaPG : MIC akan terus pertahan kerusi P.078 Cameron Highlands

Tuesday, April 18, 2017

@JDhinaPG : MIC akan terus pertahan kerusi P.078 Cameron Highlands


*Kenyataan Media*
*J.Dhinagaran*
*Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat*
*Malaysian Indian Congress*

1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang mengesahkan bahawa MIC tetap akan bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang (Rujuk : http://m.malaysiakini.com/news/379272 ) . Ini susulan daripada cubaan pemimpin salah satu parti komponen didalam Barisan Nasional yang cuba melobi untuk bertanding di kerusi tersebut.



2. Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. S. Subramaniam:

_"Ini adalah kerusi MIC walaupun terdapat isu (berebut kerusi antara parti komponen) namun ia tidak akan mempengaruhi dan kita akan terus mempertahankannya._

_"Kita juga akan mencari calon muka baharu pada PRU14 bagi memastikan kemenangan tetap dimiliki oleh BN,"_

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata bagaimanapun keputusan siapa yang akan bertanding di kawasan Parlimen Cameron Highlands terletak sepenuhnya kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Razak.

3. Dari segi sejarah, kerusi P078 Cameron Highlands sejak dari Tahun 2004 (PRU - 11) telah ditandingi oleh calon dari MIC. Bermula dari Dato' Seri S.K Devamany yang telah menang dengan majoriti 6,260 (2004) dan sekali lagi pada Tahun 2008 (PRU - 12) dengan majoriti 3,117. Pada Tahun 2013 (PRU - 13) kerusi ini telah ditandingi oleh Datuk Seri G. Palanivel dan beliau juga telah memenangi kerusi tersebut walaupun dengan majoriti yang berkurang. 

4. Ini membuktikan bahawa kerusi Cameron Highlands ini merupakan kerusi tradisi MIC dan keputusan tiga PRU yang lepas membuktikan bahawa MIC mampu untuk menang kerusi ini bagi Barisan Nasional. Oleh itu pada pendapat saya adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab ada Presiden parti komponen lain didalam BN yang cuba untuk mensabotaj MIC dalam cubaan untuk mengambil alih kerusi ini dengan cara melobi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak.  

5. Dari segi tradisi dan lazimnya, mana sahaja kerusi yang ditandingi oleh mana - mana parti komponen BN pada PRU - 13 kekal seperti sedia kala. Jika ada pertukaran kerusi antara parti komponen ianya boleh dibawa berbincang dengan pimpinan tertinggi BN namun cubaan untuk berkempen menjadi calon PRU - 14 di kerusi MIC oleh Presiden parti komponen ini adalah tidak bertanggungjawab sama sekali dan membuktikan bahawa beliau hanya mahukan satu "safe seat" untuk diri beliau dan akhirnya MIC akan manjadi mangsa. Ini tidak patut dan tidak wajar sama sekali. 

*Terima Kasih*

*_Like Dhinagaran Jayabalan FB for various news and updates. Click link to read statement_*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1286698518046220&substory_index=0&id=1153945091321564

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget