KL CHRONICLE: #Gempar MCA saman Upin RM 100 Juta

Tuesday, April 18, 2017

#Gempar MCA saman Upin RM 100 Juta


Pada 17 March yang lalu, kami di #KLChronicle telah menerbitkan satu artikel dimana kami telah memberitahu para pembaca bahawa Malaysian Chinese Association (MCA) bakal menyaman Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng. Saman ini adalah kerana Lim Lip Eng telah memfitnah parti itu menggunakan wang Kerajaan Persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). (Rujukan :  http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/03/weekasiongmp-bidas-sikap-kurang-ajar.html). 



Bagi kami di #KLChronicle, tindakan MCA ini tepat pada masanya kerana pemimpin DAP sudah diketahui selalu memfitnah kerajaan dan cuba memberikan persepsi yang negatif tentang kerajaan kepada rakyat. Fitnah yang dibawa oleh DAP ini akhirnya menyebabkan rakyat membenci kerajaan walaupun sudah pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. 

Memetik kata - kata Ketua Biro Undang-un­da­ng­­­ MCA, Datuk Tay Puay Chuan:
“Lip Eng telah bercakap bohong untuk menjatuhkan reputasi MCA apabila mengaitkan aset parti itu dengan peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada SJKC.
“MCA tidak pernah me­lakukannya, malah kita sendiri sebenarnya telah menderma banyak wang kepada sekolah-sekolah Cina,”
Persoalannya sekarang, adakah rakyat terutamanya masyarakat berbangsa Cina akan mengundi DAP pada PRU - 14 yang akan datang walaupun tahu bahawa DAP menggunakan politik fitnah dan menipu untuk mendapatkan undi dari rakyat. Sudah semestinya masyarakat berbangsa Cina dan penyokong DAP juga malu akan tindakan Lim Lip Eng ini.

Kami juga berharap SJKC - SJKC seluruh negara juga bangkit dan membantah tindakan jijik Lim Lip Eng ini. Mana mungkin SJKC di seluruh negara boleh berdiam diri bila difitnah oleh pemimpin DAP. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget