KL CHRONICLE: [Video] Memandu secara berbahaya, SPAD jalankan siasatan terhadap pemandu bas ekspress Darul Naim

Wednesday, March 22, 2017

[Video] Memandu secara berbahaya, SPAD jalankan siasatan terhadap pemandu bas ekspress Darul Naim


Beberapa jam yang lalu, viral di media sosial dimana seorang ibu telah meluahkan rasa kesal beliau dengan sikap pemandu bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang menunjukkan aksi ala samseng dengan mengejar sebuah kenderaan, selain memandu dalam keadaan laju serta berbahaya. Pengalaman ngeri ibu tersebut, Puan Tunku Kalsom telah dimuat naik di laman instagram beliau. 





Menyedari isu ini telah viral dan membangkitkan kegusaran rakyat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana SPAD telah mengesahkan bahawa SPAD sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010). Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu langkah yang tepat dan wajar diberi pujian. 

Umum ketahui bahawa kebanyakan kemalangan maut di negara ini melibatkan bas ekspress dan antara punca kemalangan ini adalah didapati kerana kecuaian pemandu bas. Oleh yang demikian, tindakan pemandu bas ekspress Darul Naim ini adalah amat tidak bertanggungjwab dan beliau bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain tetapi juga membahayakan nyawa penumpang bas ekspress itu sendiri. 

Cuba bayangkan jika dalam keadaan beliau yang memandu dengan bahaya ini terjadi kemalangan yang mengakibatkan kecederaan dan mungkin kematian, sudah pasti ianya adalah suatu perkara yang sangat menyedihkan apabila penumpang yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat sikap pemandu bas yang tidak bertanggungjawab dan memandu seperti orang yang gila.

Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle berharap SPAD mengambil tindakan tegas terhadap pemandu bas dan syarikat Daruk Naim Ekspress Sendirian Berhad. Perkara ini langsung tidak boleh ada sebarang kompromi kerana keselamatan penumpang adalah perkara yang paling penting dan mustahak sekali. Tindakan SPAD untuk memulakan siasatan adalah tepat, wajar dan amat bersesuaian. Biar tindakan terhadap Darul Naim sdn. bhd. ini menjadi satu "benchmark" kepada syarikat bas lain supaya berhati - hati dalam memilih pemandu bas mereka. 

Apa pendapat pembaca? Kenyataan media SPAD adalah seperti berikut:

===========================================================

KENYATAAN MEDIA

SPAD SEDANG MENJALANKAN SIASATAN TERHADAP INSIDEN PEMANDU BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berikutan video yang dihebahkan melibatkan bas Darul Naim Express Sdn. Bhd. yang dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak pada Ahad, 19 Mac 2017. Pihak Suruhanjaya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Berikutan insiden tersebut, SPAD telah mengambil langkah-langkah berikut:

Pasukan Penguatkuasa SPAD telah mengesan pemandu tersebut, merakam kenyataan pemandu bas itu dan menggantung permit kenderaan tersebut bagi membantu siasatan

SPAD telah merakam kenyataan yang dibuat oleh pengendali bas Darul Naim Express pada 21 Mac 2017

Berdasarkan hasil siasatan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah APAD 2010 ke atas pihak-pihak yang didapati melanggar undang-undang.

SPAD akan bekerjasama dengan JPJ bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

-Tamat-

Bagi sebarang pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7007
Emel : communications@spad.gov.my

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget