KL CHRONICLE: @LiowTiongLai bidas Parti Bunga, Gagal capai konsensus dalam semua perkara

Wednesday, March 22, 2017

@LiowTiongLai bidas Parti Bunga, Gagal capai konsensus dalam semua perkara


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membidas Parti PRIBUMI kerana lebih fokus kepada isu remeh temeh seperti logo Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang tetapi tidak kepada konsensus tentang pembahagian kerusi mahupun isu Rang Undang - Undang (RUU) 355 dimana setiap parti iaitu DAP, PKR, PAN dan PRIBUMI mempunyai pendapat yang berbeza - beza. 


Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai, keinginan parti PRIBUMI untuk Pakatan Harapan mempunyai satu logo dan logo ini digunakan pada PRU akan datang hanya merupakan satu mimpi yang sedih dan cubaan Pakatan Harapan untuk menutup kelemahan mereka. Ini kerana sehingga hari ini, Pakatan Harapan masih tidak dapat bersetuju dalam semua perkara malah siapa yang bakal jadi Perdana Menteri pun sehingga hari ini mereka tidak tahu. 

Ini dapat dibuktikan apabila Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan calon Perdana Menteri DAP tetapi Penasihat PRIBUMI, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah dan mahukan satu perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. 

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:

'Jalinan hubungan antara sesama parti komponen dalam Pakatan boleh lah di anggap sebagai "marriage of convenience" sahaja " kata Liow.

"Pergeseran akan berterusan jika pun mereka menang " kata Liow.

Kami di #KLChronicle bersetuju dengan pemerhatian Datuk Seri Liow Tiong Lai. Hubungan parti - parti komponen dalam Pakatan Harapan ini hanya merupakan satu "marriage in convenience" dengan objektif utama hanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan mendapat kuasa. Selepas mendapat kuasa, puak - puak ini akan bergaduh pula sesama mereka dalam hal siapa bakal menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan sebagainya.

Adakah kita sebagai rakyat mahu parti kucar kacir seperti ini menjadi kerajaan dan seterusnya menjahanamkan negara kita?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget