KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : MCA sudah kenal pasti calon bagi #PRU14 #DemiRakyat

Friday, August 26, 2016

@LiowTiongLai : MCA sudah kenal pasti calon bagi #PRU14 #DemiRakyat

Image result for liow tiong lai PRK Sg Besar

Menyedari bahawa Pilihan Raya Umum (PRU - 14) sudah semakin hampir, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan bahawa MCA sudah mempunyai senarai calon yang dilihat mempunyai potensi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang terpilih di seluruh negara mewakili Barisan Nasional. Ini adalah untuk memastikan setiap "war room' MCA dapat melakukan persiapan awal bagi menghadapi PRU akan datang. 



Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:


Senarai senarai calon dari MCA walaupun sudah siap namun ia perlu di “endorse” oleh kepimpinan negeri dahulu, dan proses ini akan dilakukan dalam masa terdekat'. 
Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh MCA ini sangat baik. Mereka menilai calon - calon yang berkaliber, kemudian mengambil pendekatan berbincang antara pemimpin - pemimpin tempatan iaitu di Bahagian dan Negeri bagi mendapatkan persetujuan ketua tempatan sebelum meletakkan calon yang dipilih. Langkah bijak ini akan memastikan tiada sabotaj berlaku terhadap calon MCA pada PRU akan datang. 

Lebih menarik lagi, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong yang disandang oleh beliau pada masa kini. Ini kerana beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut dan tidak melihat mengapa beliau tidak patut meneruskanya. 

Secara peribadi, kami di #KLChronicle berpendapat MCA kini sudah kembali mendapat sokongan dari masyarakat Cina. Ini terbukti dari sokongan yang diterima oleh MCA ketika PRN di Sarawak dan dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Swing masyarakat Cina kepada MCA membuktikan bahawa masyarakat Cina kini yakin dengan kepimpinan  Datuk Seri Liow Tiong Lai menerajui MCA. 

Malah, jika dilihat dari parti - parti pembangkang, mereka kini dilihat tidak mampu untuk mentadbir kerajaan, sama ada di peringkat pusat mahupun peringkat negeri. Mereka (parti pembangkang) hanya sibuk bergaduh sesama sendiri terutamanya DAP yang kini sudah bergaduh dengan hampir semua rakan mereka bermula dengan PAS, kini PKR dan akhir sekali sudah semesinya DAP akan bergaduh dengan PRIBUMI juga. 

Menyedari hakikat ini, masyarakat Cina sudah semestinya akan memilih MCA untuk mewakili kepentingan mereka dan bukan DAP yang dilihat sebagai sebuah parti rasis dan chauvinist yang hanya tahu membuli masyarakat Melayu di negara ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget