KL CHRONICLE: @LiowTiongLai bidas sikap tidak bertanggungjawab akhbar #Kosmo #Rio2016 #TeamMalaysia

Saturday, August 20, 2016

@LiowTiongLai bidas sikap tidak bertanggungjawab akhbar #Kosmo #Rio2016 #TeamMalaysia



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru - baru ini membidas sikap tidak bertanggungjawab akhbar Kosmo kerana telah memberikan liputan yang negatif kepada pasangan beregu negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon yang telah berjaya mendapat pingat Perak pada temasya Olimpik Rio 2016 yang kini sedang berlangsung. 





Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai : 

"Pasukan beregu campuran telah berjuang di Sukan Olimpik tanpa sesiapapun meramalkan mereka akan memenangi sebarang pingat. Kedua-dua, katanya, telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menghadapi pasukan lawan kedudukan teratas pada perlawanan akhir"

Bagi kami di #KLChronicle, wartawan serta editor Kosmo wajar dipecat kerana tidak sensitif terhadap usaha yang telah diambil oleh atlit negara sehingga berjaya mendapat pingat Perak pada #Rio2016. Mereka (Kosmo) mengatakan bahawa Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon kononya telah "menghampakan" rakyat Malaysia. Tapi ini adalah tidak benar sama sekali. 

Sebenarnya, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon telah membawa kegembiraan yang sangat bermakna kepada rakyat di negara ini. Malah, jika kita membaca cerita Goh Liu Ying beliau sebenarnya memberikan inspirasi kepada kita supaya tidak sesekali berputus - asa dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Kita perlu bekerja keras untuk mencapai cita - cita kita. 

Oleh itu kepada pemilik Kosmo, tindakan jijik anda ini adalah tidak bertanggungjawab sama sekali. Anda sebenarnya yang telah menghampakan rakyat Malaysia..!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget