KL CHRONICLE: Syabas @MyRapidKL , Operasi di Chan Sow Lin Semakin Mantap @NajibRazak @AzmiAziz60

Tuesday, July 19, 2016

Syabas @MyRapidKL , Operasi di Chan Sow Lin Semakin Mantap @NajibRazak @AzmiAziz60


Peka kepada kesejahteraan penumpang, perkhidmatan LRTLaluan Ampang hari ini menggerakkan sumber tenaga dan memantapkan operasi distesen Chan Sow Lin bagi melancarkan perjalanan para pengguna perkhidmatanberkenaan pada waktu puncak di sebelah pagi.




Seawal 5.45 pagi sebelum bermulanya operasi hari ini, anggota Polis Bantuan dan staf Rapid KL ditempatkan di sekitar kawasan platform dan laluan masuk untuk mengawasi dan membantu pergerakan para penumpang.

Bagi melancarkan perjalanan penumpang, tren-tren dari Sentul Timur akan berpatahbalik di Stesen Bandar Tasik Selatan dan terus ke Chan Sow Lin bagi menampungpermintaan yang tinggi di Stesen Chan Sow Lin.
“Langkah ini bagi memastikan terdapat ruang untuk mereka yang menunggu di stesen ChanSow Lin untuk mengambil tren ke pusat bandaraya. Tren-tren enam gerabak baru ini mempunyai kapasiti untuk membawa sehingga 1,000 penumpang untuk satu perjalanan,” kata Haji Ahmad Nizam Mohamed Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid
Rail Sdn Bhd. Bermula Ahad lepas (17 Julai) Stesen LRT Chan Sow Lin menjadi lebih sibuk sejak penstrukturan Laluan Sri Petaling – Ampang di mana perkhidmatan antara Ampang dan Chan Sow Lin dijadikan perkhidmatan pengantara dengan para penumpang bertukar tren di stesen berkenaan untuk meneruskan perjalanan. Laluan Ampang yang baru ini melibatkan perjalanan lapan stesen termasuk stesen Ampang dan stesen Chan Sow Lin.

Laluan Sri Petaling pula menjadi perjalanan terus antara Putra Heights dan Sentul Timur dengan melibatkan perjalanan 29 stesen dengan jarak keseluruhan 37km melalui kawasan penempatan padat di sekitar Puchong, Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Sri Petaling, Sungai Besi, Sentul dan pusat bandaraya. Dengan penstrukturan ini, Laluan Sri Petaling menggunakan tren-tren enam gerabak baharu dengan masa menunggu selama tiga minit pada waktu puncak pagi dan petang. Untuk luar waktu puncak, masa menunggu adalah enam minit.

“Kami faham bahawa masih ada yang kurang fasih dengan pertukaran ini. Langkah ini diambil sebagai usaha jangka masa panjang Rapid KL untuk memantapkan perkhidmatan. Staf dan kakitangan stesen akan terus memberi bantuan kepada para pelanggan kami di kawasan stesen khususnya di platform untuk melancarkan perjalanan mereka.
“Kami turut menggalakkan para penumpang untuk merancang perjalanan mereka khususnya untuk menggelak daripada pergerakan pada waktu puncak untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa.
“Bagi pihak Rapid KL, kami merakamkan rasa penghargaan atas kesabaran dan semangat tolak ansur daripada semua para pelanggan kami. Rapid KL akan terus berusaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan untuk keselesaan para pelanggan kami dan menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam,” tambah Ahmad Nizam. 
Rapid Rail memohon maaf kepada pengguna-pengguna dari Ampang kerana kini terpaksa bertukar tren di Stesen Chan Sow Lin. Ini tidak dapat dielakkan kerana dengan pembukaan 12 stesen baru di Laluan Sri Petaling, jumlah penumpang yang menuju ke ibu kota dari Putra Heights adalah jauh lebih tinggi dan oleh itu perlu diberikan keutamaan.

Kami juga memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku pada 17 dan 18 Julai. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan tren2 tidak dapat dikeluarkan pada waktu yang sepatutnya dan menyebabkan kesesakan di stesen-stesen.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget