KL CHRONICLE: @f_kedaulatan : Isu Banjir, dimana silapnya? #4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat

Wednesday, July 20, 2016

@f_kedaulatan : Isu Banjir, dimana silapnya? #4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat



SUMBER : Friends of Kedaulatan 


Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat setempat. Mereka yang menjadi mangsa turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut.


Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan, kemusnahan harta benda malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka.

Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan sumber tenaga manusia yang ramai dan ekpertis daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang. 

Bagi setiap kejadian bencana yang berlaku, tindakan segera diambil dalam konteks penyediaan keperluan asas kepada mangsa seperti makanan, tempat perlindungan sementara dan pakaian kepada mangsa yang terlibat dalam bentuk jangka pendek.

Mengikut pemahaman biasa kita ketahui, hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.

Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Secara amnya, koordinasi dan kerjasama antara agensi kerajaan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku. Peringkat sebelum banjir adalah peringkat persediaan dan kesiapsagaan, peringkat semasa adalah tindakbalas operasi mencari dan menyelamat, pemindahan dan pentadbiran pusat pemindahan.

Pusat Kawalan Tempat Kejadian dan Pusat Kawalan Operasi Bencana juga beroperasi diperingkat ini. Manakala peringkat selepas banjir ialah peringkat mengurus impak dan kemusnahan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi dan mengurangkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Peranan khusus kerajaan dalam pengurusan bencana, denda lebih berat kepada pengusaha atau syarikat yang mengendalikan pembangunan tidak mengikut syarat-syarat, memantau pembalakan haram, mendalamkan sungai-sungai yang menjadi punca banjir kilat terjadi.

Mengawal pembangunan dalam bandar-bandar serta kawasan membangun dengan sistematik bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Kesimpulannya semua pihak harus bekerjasama dalam menghadkan kejadian banjir kilat walaupun tidak dapat diduga sekiranya hujan yang turun melebihi had, menjaga kebersihan supaya longkang-longkang serta terusan tidak tersumbat.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget