KL CHRONICLE: @weekasiongmp : MCA Akan Berganding Bahu Bersama Datuk Seri Ahmad Bashah #Kedah

Saturday, February 6, 2016

@weekasiongmp : MCA Akan Berganding Bahu Bersama Datuk Seri Ahmad Bashah #Kedah

@weekasiongmp merupakan Timbalan Presiden MCA
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini mengesahkan bahawa MCA yakin akan kemampuan serta kepimpinan Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Malah, MCA yakin bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mampu menerajui Kedah dengan baik kerana  beliau mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.



Malah, menurut  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri itu selain mengetahui asam garam politik tanah air.
"Ahmad Bashah antara pemimpin yang "popular" dalam kalangan rakyat Kedah, jadi rakyat akan terus memberi sokongan kepada beliau," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. 
Dr Wee berkata sebagai parti komponen utama, MCA akan terus berganding bahu dengan Ahmad Bashah bagi membantu beliau mentadbir negeri jelapang padi itu.
Bagi kami di #KLChronicle, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bukanlah satu isu yang besar. Ini kerana, Menteri Besar silih berganti. Sama juga seperti apa yang dilakukan di Selangor apabila Tan Sri Khalid Ibrahim ditukar dengan Azmin Ali akibat prestasi TSKI yang tidak memberangsangkan. Perkara yang sama terjadi di negeri Kedah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathri. 

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bagi kerajaan pimpinan baru negeri Kedah untuk mara kehadapan dan bersedia untuk berkhidmat dengan baik demi kesejahteraan rakyat. Komitmen yang ditunjukkan oleh MCA melalui Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk berganding bahu bersama MB baru wajar diberi pujian. Ini menunjukkan MCA fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak terlalu sibuk berpolitik seperti parti - parti politik yang lain. 

Malah, pada pendapat kami di #KLChronicle, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah adalah calon yang sesuai untuk menjadi MB di Kedah. Bagi mereka yang tidak tahu politik Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan ADUN selama lima penggal, Exco kerajaan negeri dan sebagai timbalan menteri sejak 2013. Ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran kerajaan. 

Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam mentadbir kerajaan negeri Kedah dan diharap pada PRU akan datang Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti 2/3. 



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget