KL CHRONICLE: Aliran trafik ke utara, selatan perlahan pagi ini

Saturday, February 6, 2016

Aliran trafik ke utara, selatan perlahan pagi ini

Aliran trafik ke utara dan selatan tanah air dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 pagi ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2016.

Aliran trafik ke utara dan selatan tanah air dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 pagi ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke utara dilapor bergerak perlahan dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Lembah Beringin, Tanjung Malim ke Hentian Sebelah Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Kuala Kangsar ke Bukit Gantang.



"Bagi Lebuhraya Plus arah Selatan pula, trafik perlahan dari Nilai ke kawasan rehat dan rawat Seremban, Seremban ke Senawang, Pedas/Linggi ke Simpang Ampat, dan Kulai ke Sedenak," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata jumlah kenderaan menuju ke pantai timur khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 meningkat, namun aliran trafik masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman 

Twitter di  www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama, 6 Februari, 2016.       


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget