Tan Sri Kenneth Eswaran adalah Presiden MAICCI |
Kami di #KLChronicle telah menerima maklumat daripada sumber dalaman MAICCI bahawa mungkin telah berlakunya satu penyelewengan dana sejumlah RM 2.3 juta didalam MAICCI. Penyelewengan ini berlaku apabila dana sebanyak RM 2.3 juta telah dikeluarkan dari akaun CIMB Bank milik MAICCI di Jalan Masjid India. Cek pengeluaran tersebut telah ditandatangani oleh Presiden MAICCI dan Setiausaha.
Namun, berlaku sedikit masalah disini apabila cek - cek pengeluaran yang digunakan oleh Presiden dan Setiausaha MAICCI ini tidak ditandangani oleh Bendahari MAICCI. Ini jelas bertentangan dengan perlembagaan MAICCI yang semua cek pengeluaran harus ditandangani oleh Bendahari MAICCI. Nampaknya, telah ada usaha untuk pemimpin MAICCI untuk "bypass" Bendahari dewan perniagaan dalam pengeluaran wang berjumlah RM 2.3 juta ini.
Lebih pelik lagi, pihak CIMB Bank juga telah membenarkan pengeluaran wang yang banyak ini tanpa melakukan siasatan terhadap cek - cek yang dikemukakan. Bagaimana pihak CIMB Bank boleh membenarkan pengeluaran ini dilakukan adalah amat pelik sekali kerana sudah jelas bahawa cek tersebut tidak ditandatangani oleh Bendahari. Adakah CIMB Bank juga berkomplot dengan pemimpin MAICCI?
Akhir sekali, kami ingin pihak polis menyiasat tuduhan ini dengan telus tanpa berat sebelah terhadap mana - mana pihak. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib B Tun Abdul Razak telah beberapa kali turun merasmikan program MAICCI. Jika MAICCI sudah "tercemar" sebegini kami di #KLChronicle risau Perdana Menteri juga terpalit dengan skandal jijik ini.
Diharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan dengan cepat dalam menyelesaikan masalah ini!
No comments:
Post a Comment