KL CHRONICLE: Ucapan Perbahasan @NajibRazak di Parlimen hari ini buat Rejim Pakatan macam cacing kepanasan #MalaysiaBaharu #MalaysiaTertipu #PRKSgKandis

Thursday, July 26, 2018

Ucapan Perbahasan @NajibRazak di Parlimen hari ini buat Rejim Pakatan macam cacing kepanasan #MalaysiaBaharu #MalaysiaTertipu #PRKSgKandis


Hari ini, saya cuba menyampaikan ucapan perbahasan titah Diraja melalui topik-topik penting berkaitan rakyat di Parlimen namun ekoran ganggguan serta jeritan berterusan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia menyebabkan kandungan ucapan saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya dan saya tidak dibenarkan melanjutkan masa.

Oleh itu, saya akan memuatnaik nota kandungan ucapan saya di laman FB saya dalam two bahagian.

Bahagian 1.

*Pengenalan*



Alhamdulillah, peralihan kuasa pada 9 Mei berlangsung secara aman dan tersusun, disebalik dakwaan kononnya akan diisytihar darurat malah ada yang mendakwa saya mengadakan mesyuarat khas MKN pada malam itu, yang langsung tidak benar.

Dakwaan dakwaan itu tercetus kononnya saya takut akan kehilangan kuasa namun sejak 9 Mei, tuduhan ini langsung tidak berasas malah peralihan kuasa berjalan lancar secara aman.

Tuan Yang Dipertua,

Menyorot kembali keadaan ekonomi 2005 dan 2009, Menteri Kewangan dan TPM, April 2009 ambil alih. Dalam keadaan krisis ekonomi dunia, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi. Apa yang telah kerajaan BN lakukan, kerajaan BN telah laksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang besar.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi dunia.

Nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 10 peratus, berikutan pakej ransangan ekonomi.

Namun manfaatnya, Malaysia Berjaya elak dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi.

Bagaimanapun, peningkatan ini digunakan sebagai senjata propaganda.

Susulan pakej ransangan dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan direncanakan secara tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Pada tahun 2015 dan 2016, harga minyak global menyusut 75 peratus kepada bawah 30 Dolar Amerika. Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia sepatutnya mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku kepada negara pengeluar minyak di Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah. Atau sebagaimana pernah berlaku pada 1985 dan 1986, kemelesetan yang teruk dialami negara ini.

Namun, melalui pentadbiran dan dasar kerajaan BN, Malaysia berjaya elak dari terjerumus atau terperangkap dalam krisis ekonomi ini, sekali lagi.

Ekoran dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi yang baik ketika mendepani krisis global itu, Malaysia tidak perlu mewujudkan Danaharta dan Dana Modal mahupun Tabung Harapan bagi menyelamatkan atau bail out syarikat korporat tertentu.

Hakikatnya, kerajaan BN telah mewariskan sebuah negara dengan ekonomi yang kukuh dan sihat berdasarkan laporan Bank Dunia, negara ke 23 paling berdaya saing sebagaimana dinyatakan World Economic Forum (dengan izin).

Kita juga, berada di landasan yang tepat dalam menjadikan Malaysia sebagai high income nation (dengan izin) sebagaimana dilaporkan Bank Dunia.

Seafdalnya, atas pengetahuan dan pengalaman ini, saya akan membantu Yang Berhormat Bagan Datoh sebagai ketua pembangkang dan negara secara keseluruhan.

Saya juga akan membantu Ketua Pembangkang bagi mendedahkan usaha kerajaan PH hari ini yang berterusan mengelirukan rakyat mengenai usaha dan projek pentadbiran lalu.

*FELDA DAN KEBAJIKAN PENEROKA FELDA DAN FELCRA*

1. Pada era terdahulu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, FELDA dan sektor pertanian di Malaysia bukan keutamaan kerana tumpuan diberikan kepada perindustrian dan sektor seperti pembuatan kereta serta keluli.

2. Pada ketika itu, FELDA berhenti menerima peneroka baharu. Satu keputusan turut dibuat untuk menghentikan pembiayaan kerajaan kepada FELDA. FELDA pada ketika itu diminta untuk mencari dana sendiri.

3. Akibatnya, usia pokok kelapa sawit semakin tua. Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perolehan setiap hektar atau yield (dengan izin) dari minyak sawit menurun pertama kali dalam sejarah. Kebajikan peneroka juga diabaikan.

4. Ia mendesak kerajaan saya pada ketika itu dan FELDA untuk melaksanakan langkah iaitu penyenaraian IPO FGV bagi mendapatkan dana untuk menampung kos penanaman semula kelapa sawit dan menambah baik kebajikan dan kehidupan peneroka.

5. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah berkenaan serta penyediaan dana bagi melaksanakan penanaman semula pada skala yang besar, adalah tidak mustahil pokok yang semakin tua dan hasil semakin menyusut akan menyebabkan FELDA mungkin tidak lagi wujud pada tempoh 10 atau 20 tahun selepas itu.

6. Memandangkan FELDA diasaskan oleh bapa saya dan ramai penduduk di Parlimen Pekan adalah peneroka FELDA, menjaga kebajikan peneroka FELDA dan industri minyak sawit turut menjadi keutamaan ketika saya mentadbir.

7. Pada zaman pentadbiran BN, mereka telah dapat begitu banyak kemudahan seperti pada 2012, dengan penyenaraian FGV, setiap peneroka terima RM15 ribu dan dividen setiap tahun.

8. Pada 2017, mereka telah terima bayaran khas RM5,000. Setiap tahun terima bonus dan duit raya. Namun sebaik sahaja kerajaan baharu mentadbir, mereka bagai tidak diendahkan malah hari peneroka tidak disambut, bayaran lewat, janji tidak ditunaikan.

9. Malangnya, selepas PRU14 dengan kerajaan baharu, golongan paling tidak menerima manfaat malah terkesan adalah golongan peneroka.

10. Bonus Hari Raya lebih rendah dari sebelum ini. Adakah pembayaran kepada peneroka akan terus menurun pada masa akan datang?

11. Manifesto PH berjanji untuk membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari, dan ini masih tidak lagi dilakukan.

12. Terdapat juga laporan mengenai kelewatan bayaran kepada peneroka. Bayaran pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang sepatutnya dibayar sering dilewatkan tanpa sebarang sebab.
Ini menyebabkan kepayahan kepada kehidupan seharian peneroka.

13. Sebelum 9 Mei, harga minyak sawit adalah lebih tinggi kerana saya berterusan mempromosikan hasil minyak sawit ke pasaran dunia, seperti di China di mana saya berbincang dengan Presiden Xi dan Perdana Menteri, Li Ke Qiang pada 2016 untuk membeli minyak sawit tambahan dari Malaysia dan lanjutan itu, pada 2017, China membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia bagi menunaikan janji mereka.

14. Tetapi kini harga minyak sawit dan getah turun mendadak. Harga minyak sawit sudah menyusut di bawah RM2,100 setiap tan dan ini adalah paling rendah dalam tempoh tiga tahun. Harga getah juga rendah dan kehidupan pekebun kecil turut terjejas

15. Malah, eksport ke India dan China turut menurun secara mendadak. FGV berkata mereka kehilangan bahagian pasaran (market share) di China.

16. Eksport minyak sawit dari Indonesia ke China berterusan meningkat manakala eksport kita menyusut. Selepas janji Perdana Menteri China Lee Ke Qiang di Indonesia pada Mei lalu untuk membeli minimum 500 ribu tan minyak sawit dari negara itu. Berikutan janji itu, pada 12 Julai lalu, syarikat China membeli minyak sawit tambahan dari Indonesia sebanyak US$726 juta. Kesannya kepada Malaysia, negara ini akan terus ketinggalan dalam penguasaan pasaran kepada negara jiran jika kita tidak mempunyai hubungan diplomatik yang baik.

17. Kerajaan baharu digesa tidak melihat peneroka sebagai rakyat kelas kedua atau ketiga dan kerajaan perlu mengumumkan apakah perancangan mereka bagi FELDA dan langkah bagi mengatasi harga komoditi yang semakin rendah ini.

Bahagian kedua ucapan perbahasan titah Diraja yang saya tidak dapat disempurnakan sepenuhnya di dewan Parlimen hari ini.

*ADAKAH MALAYSIA BAHARU INI UNTUK PENDUDUK BANDAR DAN GOLONGAN KAYA SAHAJA?*

1. Di bawah agenda transformasi BN, tumpuan diberikan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan menyediakan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada kumpulan rakyat B40, penduduk luar bandar dan di negeri yang kurang pembangunan.

2. Pelbagai program bantuan dan inisiatif dilaksanakan bagi membantu secara langsung kumpulan ini seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, UTC, RTC, bantuan nelayan dan petani, bantuan buku, PR1MA dan projek perumahan lain, projek infrastruktur pengangkutan awam, di mana ia akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kewangan harian mereka.

3. Projek seperti Central Spine Road, Lebuhraya Pan Borneo, Pengerang RAPID, ECRL dilaksanakan dengan tumpuan bagi menyediakan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, pembangunan dan peluang pekerjaan bagi negeri yang kurang membangun di sebelah Pantai timur, Sabah dan Sarawak.

4. Malah, GST itu sendiri memainkan peranan dengan mengenakan cukai lebih banyak terhadap golongan kaya berbanding rakyat miskin. GST dilaksana berasaskan kepada lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak anda bayar. Memandangkan golongan kaya berbelanja lebih banyak, mereka membayar bahagian yang besar bagi GST. Ia juga membantu mengurangkan dan mengenakan cukai terhadap ekonomi gelap (black economy, dengan izin), mengurangkan lari cukai serta pengaliran keluar dana haram, illicit capital outflow (dengan izin). Sebab itu, GST mengutip lebih banyak berbanding SST. Lebihan perolehan GST itu kemudiannya disalurkan bagi membantu kumpulan B40.

5. Hasilnya, pendapatan median isirumah kumpulan B40 berganda dari 2007 hingga 2016 dan pekali GINI yang mengukur jurang pendapatan turut menyusut di bawah 0.40 buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, dan ini bermakna rakyat Malaysia menikmati kesaksamaan yang tak pernah dinikmati sebelum ini.

Negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak turut menerima manfaat daripada pembangunan rancak dan peningkatan kepada infrastruktur.

6. Bagaimanapun, polisi dan rancangan terkini kerajaan PH telah menjurus kepada kebimbangan adakah jurang pendapatan rakyat akan kembali tinggi dan negara yang dipanggil Malaysia Baharu ini hanya beri manfaat kepada golongan kaya dan penduduk bandar sahaja.

7. Projek pengangkutan awam dan infrastruktur seperti ECRL, HSR dan projek paip gas yang memanfaatkan mereka yang kurang berkemampuan dan negeri yang kurang membangun,  dihentikan, jumlah penerima BR1M dan jumlah wang yang akan dibayar dikurangkan, bantuan kepada nelayan dan petani berdepan nasib dihentikan manakala arah tuju ekonomi dan hubungan antarabangsa tidak membantu harga getah dan minyak kelapa sawit untuk pulih dan mencetus tekanan terhadap berjuta pekebun kecil dan peneroka.

8. Selain bonus Hari Raya yang rendah kepada peneroka dan kakitangan awam berbanding sebelum ini, kenaikan gaji penjawat awam juga dihentikan.

9. GST sifar mempunyai kesan dengan memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin. Seorang dari golongan kaya yang membeli kereta mewah RM500,000 akan memperoleh diskaun sebanyak RM30,000 manakala individu dari golongan pendapatan rendah yang membeli MyVi pada harga RM50,000 hanya dapat berjimat RM3,000.

10. Ini dapat dilihat dari laporan jualan kereta Jun lalu di mana jualan kereta MyVi menyusut 10.8 peratus berbanding Mei manakala jenama kereta mewah seperti Lexus meningkat 3,166 peratus, Porsche (+477.8%), Audi (+483.3%), Volkswagen (+676.8%) manakala Mercedes serta BMW masing-masing menerima peningkatan jualan sebanyak 150%.

11. Bukan sahaja ini bermakna golongan kaya dapat menjimatkan wang, tetapi cukai yang sepatutnya dapat dikutip bagi membantu golongan miskin hilang hasil penjimatan pembelian kereta mewah.

12. Terdapat juga kerisauan terhadap pelepasan cukai GST sifar turut mengundang kepada pembelian besar-besaran yang tidak diperlukan dan ini meningkatkan nisbah hutang isirumah berbanding KDNK yang sebelum ini sudah menurun bagi tempoh tiga tahun lalu.

13. Pada ketika golongan kaya menerima manfaat dari GST sifar dan subsidi menyeluruh tanpa bersasar, golongan miskin berdepan dengan harga barangan keperluan tidak menurun apabila GST disifarkan. Ini akan memudaratkan bagi golongan miskin apabila berlaku pertukaran sistem percukaian yang akan menyumbang kepada satu lagi pusingan inflasi pada September apabila SST dilaksanakan.

14. Kita lihat polisi Malaysia baharu ini adalah sama dengan polisi ketika Malaysia dahulu sebelum saya menjadi Perdana Menteri. Mengembalikan SST, pengurangan bantuan kepada golongan miskin, mengembalikan subsidi menyeluruh, gaji lebih rendah kakitangan awam dan kembali kepada model pengangkutan berasaskan kereta berbanding pengangkutan awam akan menjadi penyumbang kepada jurang pendapatan berbeza yang tinggi sebagaimana masa lalu. Polisi lama adalah masalah lama yang sudah diselesaikan, tetapi akan dikembalikan termasuk jurang pendapatan yang besar.

15. Ini membawa kita kepada persoalan, adakah Malaysia baharu ini untuk golongan kaya dan penduduk bandar sahaja?
-----------
*HUTANG NEGARA*

1. Kerajaan baharu tidak membuang masa untuk menggunakan definisi sendiri bagi hutang negara yang berbeza daripada digunapakai seluruh dunia dan standard yang diketahui.

Hasilnya, mereka kini mempunyai cerita hutang RM1 trilion yang boleh digunakan sebagai alasan mengapa mereka melaksanakan keputusan tidak popular dan terhadap kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto.

2. Kerajaan PH melakukan ini dengan turut memasukkan liabiliti kontingen dan mendakwa hutang negara kini adalah pada paras 80.3 peratus KDNK. Terdapat juga dakwaan kononnya pentadbiran kerajaan lalu telah berusaha menyembunyikan liabiliti kontingen ini sebagai sebahagian dari rancangan untuk menyelindungi hutang sebenar kerajaan.

3. Ini adalah tidak benar kerana liabiliti kontingen sebagaimana lazim dilaporkan dan secara telus berasaskan kepada garis panduan serta standard antarabangsa melalui laporan seperti laporan kewangan Bank Negara Malaysia.

Tidak pernah wujud sebarang usaha untuk berselindung kerana liabiliti kontingen tidak pernah dimasukkan sebagai perkiraan hutang awam. Pasaran tahu mengenai hakikat ini dan kerajaan PH juga sedar sebelum PRU14 dan sering bercakap mengenai liabiliti kontingen ini.

4. Pada masa ini mereka menafikan mengetahuinya, mendakwa kita berbohong dan menggunakan alasan ini untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka, sekaligus menunjukkan betapa tidak jujurnya mereka.

5. Dengan memasukkan liabiliti kontingen dan sewa PFI, Menteri Kewangan baharu berkata, hutang kerajaan berbanding KDNK kini adalah pada 80.3 peratus.

6. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, apabila saya dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, nisbah hutang negara berbanding KDNK mengalami peningkatan pada 2009 dan 2010. Namun ia adalah disebabkan oleh perlaksanaan pakej perangsang kewangan yang tinggi yang direkabentuk dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada terjerumus ke dalam krisis ekonomi global yang dianggap paling buruk sejak 1930an.

7. Langkah perangsang ekonomi ini berjaya. Malaysia berjaya mengelak dari krisis dan sejak itu kita mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik setiap tahun. Bagaimanapun, saya dan kerajaan dipersalahkan kerana berlaku peningkatan hutang dek propaganda PH bagi tempoh itu.

8. Apapun, kerajaan saya telah memastikan kita berdisiplin dalam mengurangkan defisit bajet setiap tahun sejak 2009 di mana pada 2017, ia adalah paling rendah sejak 20 tahun. Nisbah hutang berbanding KDNK juga menurun kepada 50.8 peratus pada 2017 dan diunjurkan untuk menurun pada tahun berikutnya.

9. Biarpun propaganda dicipta PH mengenai nisbah 80.3 peratus itu, ia masih lagi bukan paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Dari pertengahan 1980an hingga awal 90an, nisbah ini adalah lebih tinggi di mana Perdana Menteri ketika itu, YB Langkawi meningkatkan nisbah setinggi 103.4 peratus tanpa mengambil kira liabiliti kontingen mengikut perkiraan Menteri Kewangan baharu. Jika ditambah dengan liabiliti kontingen, nilai hutang mungkin sudah menjadi 150 peratus berbanding KDNK.

10. Ya, adalah tidak betul bagi Perdana Menteri untuk menyatakan di Parlimen, Isnin lalu bahawa nisbah hutang ketika pentadbirannya tidak pernah melepasi 27 peratus berbanding KDNK. Saya tahu kerana saya pernah menjadi Menteri Kewangan dan mempunyai akses kepada data ini malah ia turut dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia.

11. Kerajaan PH sepatutnya berlaku jujur kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa hutang kerajaan perlu dilihat dalam konteks pendapatan, saiz ekonomi dan aset dimiliki kerajaan. Jangan hanya beritahu separuh-separuh bagi memenuhi selera propaganda.

12. Pada ketika hutang mungkin meningkat, kita juga perlu lihat saiz ekonomi, pendapatan dan aset kerajaan juga meningkat.

13. Dari 2008 hingga 2017, KDNK kita meningkat dari RM769 bilion kepada RM1.35 trilion dengan turut menunjukkan peningkatan pendapatan kepada kerajaan dan keupayaan untuk membayar serta mentadbir hutang awam.

14. Saya juga menyebut sebelum ini mengenai peningkatan besar saiz aset Khazanah dan saiz aset kerajaan turut meningkat. Malah, nilai aset bersih BNM (tidak termasuk rizab matawang asing), Khazanah dan Petronas, dengan hanya melihat kepada tiga aset milik penuh kerajaan ini, meningkat dari RM313 bilion pada 2008 kepada RM684 bilion pada 2017.

Petronas sendiri melaporkan ia kini memiliki RM147 bilion wang tunai pada akhir Mac, 2018.

15. Saya ambil maklum bahawa Menteri Kewangan menyatakan akan meminta tiga badan ini untuk membayar dividen lebih tinggi bagi mengisi kekurangan pendapatan GST dan saya gembira kerana pentadbiran BN mampu meninggalkan aset yang tinggi untuk dipergunakan mereka.

16. Bukan itu sahaja, dana GLC yang mewakili simpanan rakyat juga meningkat. Aset bersih KSWP sendiri meningkat dari RM341 bilion pada 2008 kepada RM814 bilion pada masa ini, Dana seperti PNB, Tabung Haji dan KWAP juga menunjukkan gandaan atau peningkatan tiga kali ganda bagi saiz aset bersih mereka untuk tempoh yang sama.

17. Dihitung bersama, aset bagi 7 entiti ini iaitu BNM, Khazanah, Petronas, KWSP, Tabung Haji, PNB, KWAP sahaja akan menunjukkan jumlah aset telah meningkat daripada RM847.8 bilion kepada hamper RM2 trilion atau angka tepat RM1,992.3 bilion.

18. Ketika pentadbiran saya, saya telah memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan tumpuan diberikan kepada rakyat dalam memastikan dividen lebih tinggi bagi KWSP, PNB, Tabung Haji dan dana lain berbanding pada akhir 1990 dan awal 2000.

19. Jangan melihat kepada hutang sahaja. Hutang perlu dilihat bersama kenaikan pendapatan negara dan peningkatan saiz aset negara.

20. Kerajaan PH perlu berhenti menggunakan terma dan definisi dicipta sendiri bagi hutang negara demi menjustifikasi kegagalan mereka melaksanakan janji manifesto atau membatalkan projek yang memanfaatkan rakyat. Bukan itu sahaja, ketidakjujuran seperti itu menakutkan pasaran, melemahkan keyakinan pelabur asing dan ini akan membawa kepada kerugian kepada Malaysia dan rakyat.

Najib Razak

60 comments:

Unknown said...

100 hari 10 janji kencing... Padan muka siapa yang mengundi parti mata lebam tu... Lebih-lebih peneroka felda, janji nak hapus hutang jangan harap la akan direalisasikan... Kena tipu macam isu 20% royalti minyak juga....

Wakakakakakakakakakaka

Unknown said...

Inilah akibatnya bila ulat sudah naik ke mata. Mula-mula suruh iktiraf UEC, kemudian nak minta peruntukan dari kementerian untuk sekolah persendirian cina, lepas ni suruh hapuskan kuota bumiputera untuk masuk ke mana-mana IPTA (kononnya berdasarkan meritokrasi). Lepas itu boleh la lihat melayu terpinggir terus dari arus pembangunan negara, nak kerja kerajaan pun jangan harap la lepas ni.....

Mana dia suara parti bunga??? Masih berbulan madu ke??? CELAKA BETULLLL...!!!!!



Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Ini selepas Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen, mengatakan sekolah-sekolah berkenaan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.

“KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional,” kata Maszlee.

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan-standard-ala-BN,” kata ketua Pemuda Sosialis DAP itu dalam satu kenyataan.

Wong berkata walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf.

Turut sependapat dengan Wong ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan “ibu bapa tertentu” untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.

Dalam satu kenyataan, Ong berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

“Menteri pendidikan dari HARAPAN tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati sekutu HARAPAN. (Langkah ini) mesti dikritik dalam HARAPAN,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

Anonymous said...

mp kerjaan :bagi laluan bagi laluan bagi laluan...penjelasan

najib..x boleh xbleh.. saya xbagi laluan..

najib dulu kini dan selamanya..xakan bagi laluan dekat semua orang yang cuba mintak penjelasan.

kesudahanya tumbang kerajaan umno..

dah tombang marahkan melayu..yang soking PH

apa da ini pahlawan bugis?

kah kah kah

Anonymous said...

Umno atas kertas ada 3 juta ahli katanya..ada buat kajian dari 3 juta tu brapa ramai ahli umno yang protes najib dan undi pas atau PH? Pergi kira peratusan kemerosotan undi pru 13 berbanding pru 14. Jangan tuding jari marahkan orang lain. Bila post mortem umno nak dikeluarkan? Berani umum punca kekalahan?

Anonymous said...

Blogger ni ingat rakyat tak tengok masa najib berbahas. Telur najib hilang bila dengar perkataan 1mdb.

Damak MWSU said...

Inilah buktinya apabila sesebuah kerajaan itu didirikan atas kemenangan fitnah. Apabila pendirian sesebuah kuasa pemerintahan tidak diasaskan oleh bukti kebenaran, maka apabila kesahihan itu terjelma, ketakutan kepada kebenaran mulai menghantui.
Dalam erti kata mudahnya, kebenaran takkan dpt dikalahkan biarpun oleh sejuta kepalsuan, lambat laun, kebenaran itu pasti akan tertegak jua.

Anonymous said...

Sekolah2 jenis Cina dan Tamil perlu diklasifikasikan semula sebagai international school sebagaimana sekolah2 British, Indonesia dsb disini yg mengunakan bahasa ibunda masing2 bebagai bahasa pengantar. Semua sekolah2 ini tidak menyumbangkan apa2 kepada perpaduan negara...

Anonymous said...

walau pun di fitnah jijik Najib terus mara kehadapan... ini lah kaum mim dari timur yang dijanjikan..

panji panji dari timur yang dinantikan...

Anonymous said...

Takkan protes ahli umno terhadap najib nak ditakrifkan sebagai fitnah juga? Bila sudah kalah kau bagi alasan fitnah, orang panggil kau bodoh.

Anonymous said...

Kaum mim abah kau. Bila Najib menajiskan dirinya turun sg kandis..Bn akan kalah. Tak sedar lagi ke rakyat benci najib?

Anonymous said...

Walau teruk difitnah Najib terus mara kehadapan.. ucapan sidang dewan negara jadi bukti LGE Tokong dan Tua bangka keluar dewan..


Najib menjulang Panji Hitam yang dijanjikan muncul dari timur..

Bani Mim yang dijanjikan menjulang panji panji hitam insyallah sudah muncul dengan lebih berani..

allahuakhbar...!!

Anonymous said...

Betui ka? Jangan dok merapu kata teloq orang. Tengok teloq hang sendiri lagi baik kot

Anonymous said...

Berapa orang ahli umno yang protes? Ada statistik dan bukti ka? Jangan dok berlagak dok kata kat umno. Hidup hang dan anak2 hang pun dapat banyak pertolongan dari umno. Sedaq diri sikit

Anonymous said...

Bukan semua yang benci. Aku dan kawan2 aku tak pun.

Anonymous said...

TERBAIK DSN! CENGGINI 👍👍👍
KETAR TELOR & BERGOYANG SEMUA MP HAPRAKPAN MENDENGARNYA. SUNGGUH PADU & JITU DIJELASKAN SATU PERSATU.
KERA JAAN YG TERBINA MELALUI FITNAH & PENIPUAN TAK AKAN KEKAL. MENUNGGU HARI UTK LINGKOP.

🤡 + 🍅 = HAPRAK

Anonymous said...

Sungguh benar seperti apa yg Najib perjelaskan itu. Hanya manusia munafik yg tak mahu mengakuinya. Itu memang lumrah dunia, ada insan baik, ada jugak yg hampeh.. kah kah kah kahak atok hijau pekat!!

Anonymous said...

Apa kaitan ahli umno dgn janji 100hr ph?
Kajian apa yg mengata ahli umno protes?
Kajian protes bila ap terjun ke ph?
Kajian mcm mengira ikan kembong..
Kajian up projek..
Kaji kaji kaji..
Dah terbukti yg mengundi ph tertipu dgn janjinjanji..

Selama 61thn kerajaan sekarang jd pembangkang ada buat kajian kekalahan? Ada umum punca kekalahan.. ada berani umum punca kekalahan.. ada pembangkang dulu jumpa rakyat tanya apsal ya tak undi.. baru sekali menang dah berlagak.. menang kerana perdaya rakyat dgn janjnjanji..

Sape tuding jari.. org yg undi engkau tanya janji 100hr kau..

Anonymous said...

Kah kah kah... nak citer pasal 1mdb lagi.. bongok ke apa kau ni.. bahas apa lagi.. ko tak tau ke mcm perangai atok kau asik tau tau. dah masuk court nak sebut 1mdb lagi... ehhhhh pemimpin kau dah sonyap pasal 1mdb...

Apa tommy kata?
Apa sukri kata?
Ko duduk dlm gua ke..

Org yg didakwa mintak percepat tapi pendakwa mintak tangguh...
Kencingggggg....
Takde org mengaku arah tangkap najib.. dajjal kot...

Anonymous said...

Peguam negara swiss beri AMARAN jgn kaitkan lagi negaranya dgn 1mdb.. kes pun dah tutup.. tutup file..

Najib bkn org yg disiasat.. takde kaitan dgn najib.. tommy dipermalukan bila jumpa peguam negara swiss.. tersongeh songeh mcm kerang busuk..

Telur anon 9.00 kembong ke penuh air kencing..

Anonymous said...

Citer 1mdb diputar bkn fitnah?
Citer cincin rosmah rafizi kata fitnahkah?
Hutang negara bkn fitnah?
Jual negara ke china bkn fitnah?
Bantuan najib bagi dikata haram, bkn fitnah?
Naik hj dikata haram bkn fitnah?
Ini hanya cth yg fitnah diputar setiap hr dlm ceramah, alam maya dan media..

Ko pi bukak youtube berlambak fitnah ph ke bn... ayat diputarrrrrr utk mempengaruhi rakyat...
Modus operandi diulang ulang ..

Anonymous said...

Bapak kau... org islam najis.. kaum kafir suci... tak sedor diri.. dah duduk dibawah telunjuk dap..

Dpt pm terlajak usia...pikiran selalu lupa..tanya selalu tak ingat tak tau.. dah jd kuda tunggangan dap..

3Ms Stupid said...

Rakyat tu siapa anon 9:00...ko sorang je ke?atau keseluruhan org yg pegang warganegara Malaysia?..Ko ingat semua org pencacai mcm ko ke?

Bila nak dakwa kes 1MDB?Mana Jho lo?mana lagi 50% siasatan ?nak ke tunggu lagi 5 tahun ke?kakakaka....

Bau Hancing Kuat Pulak....

Anonymous said...

Yg telah berlaku di parlimen..
Gone end lenyap 5minit sebelum najib berucap.. muka pm tak nampak..

Dah dgr najib berucap.. pedihhhh menusuk hati.. apa lagi ap ph jd monyet monyet menjerit bertempik mencari pokok nak bergayut dlm parlimen..tak mau dgr lagi.. takut rakyat tau kebenaran..

Anonymous said...

Rakyat tu maksud dia bangsa pendatang yg pegang warganegara malaysia dgn Melayu Haprak PH je....Yg lain tak benci pon...korang yg dengki je benci dia...

Bila otak kencing dah bertakung mmg mcm tu le...pi la cek balik tgk . Keputusan PRU sejak zaman najib...smpai la ni masa kalah pon klau ikut pecahan parti ...mana yg lebih banyak?najib dibenci ke...moyang ko pon klau dia hidup zaman najib...dia pon berdoa najib dipanjangkan umur...

Tapi utk atok..tak tau la moyang ko doa apa...heheheeh

Anonymous said...

Mahacai ph cuba menafikan fitnah fitnah dan janji janji yg dibuat..
Sama pemimpinnya berusaha delete video ceramah satu persatu yg bertebaran dlm youtube semasa kempen.. munafik.

Anonymous said...

Moyangnya kalo idup dibagi penampor selipar jepun kat cucu yg tak sedor diri.. moyangnya dulu menentang komunis ehhhh cucunya menjulang pulak...

Anonymous said...

Tu yg nak hapus sejarah..
Moyang pejuang pertahan hak hak melayu.. cucu membuang hak hak istimewa melayu.. cibaiiiiiii

Anonymous said...

Mcm najib ucap tu dah buat kajian.. felda..anon 8.54 ko pi buat kajian pulak.. pi felda kaji hidup dia org la ni.. kalau tak pecah kepala kau dibaling ngan setongkol kelapa sawit baru kau tau dia org protes ke idok 100hr janji... kah kah kah

Anonymous said...

Yg dinyatakan najib di atas itu jugak dijdkan bhn kempen fitnah.. dinyatakan sebaliknya.. diubah fakta.. dimainkan ayat ayat..

Anonymous said...

Alamak ...komen time dekat2 ni nanti ada org kata.." sendiri komen sendiri balas"...kakakkakaka

Aku yg komen 10:47...hehehehe

Unknown said...

Masih tak nampak lagi ker takut kerana salah berani kerana benar DSNR tak pernah rakut atau gentar senbab memang dia dijalan yang betul so. . . Sapa kah yang ketar dan gentar tu. . . Dulu kata DSNR takut nak masuk parlimen tapi skrg sapa yang takut ekkkk
Takut ngan bayang2 gamaknya yerrr

Anonymous said...

Ya Allah..
Panjangkan Umur DSN..Permudahkanlah Urusan Dia dalam melawan fitnah2 jahat dan berikanlah dia semangat utk kekal berjuang untuk kami umat Melayu Islam di Malaysia ini..

Ya Allah..
Lapangkanlah dada & celikkanlah mata org2 Melayu yg menentang DSN..suburkanlah perasaan penentang2 DSN Melayu ini dengan kesedaran dan pandangan yg jelas yg jauh dari fitnah2 org2 jahat..Bantulah mereka kembali menjadi org yg bersyukur dan sayangkan saudara2 islam lain yg mula ditindas..

Amin..

Anonymous said...

Hahaha..anon yg asik tweet komen sendiri balas tu dah bebal lemas minum kencing.. org lain dikata sama..

Aku pulak 10.50..
Anon ulang benda sama.. stresss
Mau tak stress ingat harga brg murah ehhh br1m pulak melayang.. tu kepala dah senget.. balik kg kena hampuk ngan org tua.. meracau la kat sini.. dgr kabor pulak nak kena muflis... kah kah kah...

Anonymous said...

Menteri tani ngan menteri pengguna dua dua si udin yaaa...

Baguihhhh menteri ni.. asik mengira jumlah binatang.. nak belajor mengira gamaknya.. yg satu lagi lembutnya gigi bkn lidah.. emmmm nasihat tokey nasihat pengguna..

Masa BN maki hamun harga naik.. tuduh mcm mcm... salahkan gst.. kini menteri udin kata demand and supply... tokey di nasihat jgn letak harga tinggi yaaaa... pengguna kalau harga mahal taknak kena sst jgn beli brg.. hmmmmmm nasihat atok kat cucu.. tak beli brg ķurang beban idop..

Anonymous said...

Aminnn....

Anonymous said...

Barisan kabinet ph bermodal mulut bkn ilmu.. guna air lioq.. mulut jaja fitnah pang pung pang pung..kejenya menghasut.. bila jd kerajaan masuk parlimen kena beri fakta..

dulu ph bangkang je... BN beri fakta, ph bangkang bertempik mcm monyet..nak tunjuk hebat dpn rakyat..kini dah dipilih jd menteri terpaksa beri fakta.. mana ada fakta.. tu yg merapu bercakap.. lain org tanya lain dijawab.. akhirnya cabut.. lesap.. tak sanggup kena balun dpn rakyat.. tak kan nak beri fakta fitnah..

Anonymous said...

Teman teman semua..
Ada ura ura mengatakan mazlan aliman nak dilantik jd pengerusi felda.. iya ke idok kita tunggu... aku setuju.. kabornya org umno ramai bersuara setuju...

Sape tak kenal si mazlan ni.. tak ubah kembarnya rafizi.. idea hebat... dia punya idea sampai anak anak muda peneroka felda paksa emak ayah undi ph...

Kita bagila mazlan ni laksanakan idea idea bernasnya tu.. apa yg BN buat dulu abih dibangkangnya walaupun waktu tu buah mahal..

Peneroka byk undi ph makanya tentulah bersetuju dgn lantikan mazlan yg akan membawa felda ke peringkat pertama minyak masak dunia..

Anonymous said...

Walau difitnah dgn bermacam skandal, namun DSN tetap cool & rilex je. Tak macam Atok93 & Sukri, sikit2 nangis keluarkan air mata utk tarik simpati. Mengalahkan pelakon bangsawan je.

🍅🍅🍅 everywhere!

Anonymous said...

UNDILAH CALON ⚖
UNDILAH CALON ⚖
UNDILAH CALON ⚖
UNDILAH CALON ⚖

Anonymous said...

Ameen Ameen Amen ya Allah..
Begitu jelas dan padu DSN berbahas... Hanya kedengaran monyet2 MPH berteriak bodoh.. tiada berubah perangai monyet mereka untuk berpolitik waras berpksikan fkta..

Tak habis lagi perangai hodoh mereka mengejek DSN dengan isu basi imdb..

Rakyat dah makin kebulur, tak puas lagi nak tipu dengan fitnh imdb..celakalah puak2 ph lanatullah.. apa kna mngena imdb dgn janji menipu ph pd rkyt???

Semoga DSN akan bngkit mengetuai negara..bijaksana terserlah...jitu fokusnya pada negara dan rakyat..

Allah pelihara DS NAJIB RAZAK..KEMBALI MEMIMPIN RAKYAT..AMINN

Anonymous said...

Ketika menonton perbahasan live DSN.. hati tiba2 terasa seperti negara masih ber PM kan beliau.. terasa rindu dan inginkan DSN kembali mentadbir negara.. syg sekali.. majoriti rakyat cina harbi dan melayu tiga suku akal teah membunuh kebaikaan dan masa depan negara...kini semua transformasi DSN tiada lagi...tinggal kenangan dan negara semakin tak ketahuan halatuju..dijahanamkan perompak tua mahadey kutty...mana kala anwar dgn mimpi basi utk jd pm..belum bangun lagi..


Begitu jelas dan padu DSN berbahas... Hanya kedengaran monyet2 MPH berteriak bodoh.. tiada berubah perangai monyet mereka untuk berpolitik waras berpksikan fkta..

Tak habis lagi perangai hodoh mereka mengejek DSN dengan isu basi imdb..

Rakyat dah makin kebulur, tak puas lagi nak tipu dengan fitnh imdb..celakalah puak2 ph lanatullah.. apa kna mngena imdb dgn janji menipu ph pd rkyt???

Semoga DSN akan bngkit mengetuai negara..bijaksana terserlah...jitu fokusnya pada negara dan rakyat..

Allah pelihara DS NAJIB RAZAK..KEMBALI MEMIMPIN RAKYAT..AMINN

Anonymous said...

Lambaian Murid Sekolah kepada mantan PM , DS Najib Razak di SG Kandis..

http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2018/07/najib-razak.html?m=1

Lambaian itu dari pewaris negara, samada menjadi pemimpin atau jadi sebaliknya mereka tetap rakyat Malaysia yang akan penentu kestabilan dan keamanan negara ini pada masa akan datang.

Mereka sekecil ini kenal Najib Razak akibat asakan fitnah yang memburukkan Mantan Perdana Menteri itu.

Namun suatu hari nanti apabila mereka ini dewasa, merekalah yang akan menerangkan kepada warisan seterusnya bahawa kita pernah ada Perdana Menteri yang terbaik, yang menjaga rakyat, yang membina negara dengan ekonomi yang kukuh tetapi ditumbangkan oleh sebuah rejim pakatan yang mengumpulkan segala musuh Melayu, pengamal Seks songsang, penentang Agama dan yang seangkatan dengannya.

Kerajaan hari ini fikir mereka sudah berjaya tetapi mereka lupa bahawa kerajaan yang menjaga rakyat adalah yang mereka tumbangkan. Rakyat akan bangkit dan menentang mereka, menghalau dan mengheret tubuh mereka di atas jalan bila tiba masanya.

Ini bukan ugutan atau hasutan sebaliknya ia adalah realiti bahawa kerajaan yang dibentuk ketika ini adalah berasaskan fitnah dan penipuan, rasuah dan janji kosong manakala selepas ditubuhkan mereka mengubah segala sistem yang baik dan menukarkan kepada sistem dan dasar yang hanya menguntungkan mereka dan kroni-kroni. Rakyat yang menentang pula mula dikenakan sekatan dan diugut dikenakan tindakan sekiranya terus menentang.

Masih tidak terlambat. Kita bina kesedaran dari sekarang, tiada perkataan menyesal sebaliknya binalah kekuatan dan kesatuan dari sekarang untuk kita rampas semula kerajaan dan kita baiki seterusnya dijaga sebaik-baiknya.

Anonymous said...

Sudah lama najib tahu rakyat malaysia membenci beliau. Faktor gst, 1mdb jadi faktor terpenting. Takut nak buat survey sblm pru 14, hantar surat pada cia sblm pru, tidak berada di pwtc pada mlm pru diumumkan sebaliknya hanya pasang khemah depan rumah sambil berkata...begini sekali bencinya rakyat terhadap saya?...kenapa najib turutkan jua nasihat pencacai cari makan? Akibatnya bn hancur sekelip mata. Najib membangsatkan dirinya dan parti umno.

Megat Panji Alam said...

BN kalah sebab fitnah? Kenapa tak gunakan akta berita palsu ciptaan najib sebelum ini? Kenapa bila disaman pasal 1mdb najib sampaikan beri alasan bukan penjawat awam? Kenapa tidak berani berdebat di parlimen?

Anonymous said...

Fitnah punca kemenangan PH... sampai sekarang tiada bukti pertuduhan dikeluarkan.... Fakta ...


full stop..

Megat Panji Alam said...

Kenapa bekas ceo 1mdb dan pengarahnya perlu larikan diri kalau 1mdb tiada sebarang salahlaku? Lari bertahun sebelum PH jadi kerajaan.

Anonymous said...

Contoh pencacai tepu, mcm Megat 7:15..bagi soalan nampak bangang, klau bagi jawapan pon pasti bangang..pusing2 sudahnya ludah muka sendiri....

Org suka buat fitnah smpai tak tahu nak beza fitnah dgn yg benar...

Kes 1MDB bila nak dakwa?mana segala bukti, mani trail la bagai..x cukup lagi ke nak buat kes kat mahkamah?

Anonymous said...

Yg lari ,Ceo 1MDB atau najib?yang kawal operasi 1MDB ceo atau najib?

Standard pencacai PH...adoi..

Anonymous said...

klu guna akta itu dan ini macam2 lgi fitnah jijik yg atok tua bangka akan batu api dan fitnah ... macai tomato lagi terkinja kinja ...

kah kah kah... stupid quest 4 stupid answ..

Anonymous said...

Megat Panji Alam...sila rujuk statement Ex MP DAP TAN SENG GIAW

Anonymous said...

Buah tomato dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti,
Tol tak hapus masih kena bayar,
Bagaikan menunggu anak pengantin LGBT.

Buah tomato kacang bendi,
Jadi perencah untuk memasak kari,
Harga barang tak turun 0% GST,
Inikan pula 10% sst.

Buah tomato turun harga,
Begitu juga harga durian,
Manifesto hanya masa pilihanraya,
Bukan Bible bila jadi kerajaan.

Pergi ke kedai membeli tomato,
Naik motor ke pekan banting,
Sebelum PRU wall penuh Manifesto,
Lepas PRU upah admin delete posting.

Cili, tomato dan bunga kantan,
Buat perasa didalam masakan,
Pendidikan percuma manifesto pakatan,
UEC pula yang didahulukan.

Spaghetti bologna sedap dimakan,
Dimasak dengan tomato puri,
Bila wartawan tanya soalan,
“Tak Tahu”, jawapan para Menteri ��

Credit: Huzry Fionnawatty Hussien

Wow! Jual orang dengan janji, Mungkir janji jual diri

Anonymous said...

Amenda ko merepek ni macaii??
Bangsat mcm ko kena clamp mcm atok penyangak..dapig berdehem je semua berubah??
Bangsat kepala hotak melayo hrm jdh parti bunge..terkinjaa finah Najib.. besama pelok dapig.. tngkple najib.. kenape lepaskan..

Lastt2 charge 'pecah amanah' je?? Mana dia charge money laundering curi wang negara??

Anonymous said...

Pergi ke kedai membeli tomato,
Naik motor ke pekan banting,
Sebelum PRU wall penuh Manifesto,
Lepas PRU upah admin delete posting.

SETUJU SANGAT.
PUAK2 HAPRAKPAN SEMUANYA DAH MALU SEBAB JANJI DICAPATI. ADA YG DAH REMOVE VIDEO KAT YOUTUBE TAKUT KENA HAMPUT.. KEH KEH KEH.
SERONOK GAK JADI PEMBANGKANG NI, KAN? BOLEH HENTAM KERA JAAN BADUTS ATOK93 TIAP HARI.. HI HI HIIIHHH


Damak MWSU said...

Protes tu perkara biasa. Lagi pun byk org tak faham antara protes dan kritikan. Tak ramai yg dpt membeza antara kutukan dan teguran.
Apakah punca ketidakfahaman ini? Jawapannya sbb terlalu taksub kpd sesuatu pendapat shj.

Damak MWSU said...

Amiin..
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah ketabahan, kekuatan. Kesabaran dan kelapangan kepada pemimpin terulung yg disayangi rakyat ini. Sesungguhnya DS Najib Razak telah byk berjasa kpd kami rakyat bawahan. Ya Allah, kami amat bersyukur kepadaMu, selama tempoh DS Najib Razak menggalas amanah rakyat, kami telah byk menerima pelbagai manfaat yg belum pernah dihulurkan oleh mana² pemimpin terdahulu.. Sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Mengetahui akan segala²nya..

Anonymous said...


Jika kamu menggunakan teksi atau grabcar kamu secara tak tambang tersebut yang tentu saja di naikkan untuk nak cover cukai jualan 10%, bermakna kamu secara tak langsung membayar cukai jualan.

Bandingkan jika seseorang menyewa helecopter atau private jet mereka tidak membayar apa2 kerana helecopter dan private tidak dikenakan cukai jalan.

Sekarang orang miskin atau kaya yang menggunakan teksi, tentu orang miskin, so orang miskin yang membayar cukai sementara orang kaya yang menyewa private jet tidak membayar cukai atas perjalanannya.

Ini yang dikatakan pemerintahan zalim....Cukai di ambil dari orang miskin.

Anonymous said...


Jika kamu menggunakan teksi atau grabcar kamu, tambang tersebut tentu saja di naikkan untuk nak cover cukai jualan 10%, bermakna kamu secara tak langsung membayar cukai jualan.

Bandingkan jika seseorang menyewa helecopter atau private jet mereka tidak membayar apa2 kerana helecopter dan private tidak dikenakan cukai jalan.

Sekarang orang miskin atau kaya yang menggunakan teksi, tentu orang miskin, so orang miskin yang membayar cukai sementara orang kaya yang menyewa private jet tidak membayar cukai atas perjalanannya.

Ini yang dikatakan pemerintahan zalim....Cukai di ambil dari orang miskin.

Perrghhhhh HANCING3.........tepuk,tepuk said...

Yg sebnarny "org2 PH" ni mmg pukimakkkk..

maki kan je dorg ni smue ,bior cpat "mampos n trlungkup"

Xpyah nk "bersivik" sgt bile brckp dgn org "biol" ni smue

Amisha said...

Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

ELINA JOHNSON said...

Halo,
 Saya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.

Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah

Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com


DATA PEMOHON

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget