KL CHRONICLE: SPRM - MCA Tandatangan MOU Penggunaan Modul Pencegahan Rasuah, yang lain bila lagi? #Telus #LawanRasuah

Tuesday, January 12, 2016

SPRM - MCA Tandatangan MOU Penggunaan Modul Pencegahan Rasuah, yang lain bila lagi? #Telus #LawanRasuah



Tahniah diucapkan kepada Malaysian Chinese Association (MCA) yang menjadi parti politik pertama di negara ini yang telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggunakan modul pencegahan rasuah didalam parti MCA. Objektif utama MOU ini ditandatangani adalah untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan ahli MCA.



Majlis menandatangani MOU ini telah berlangsung di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bagi pihak SPRM, MoU ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali, manakala MCA diwakili oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun. Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Dato' Sri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.


Kami tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden MCA, Dato' Sri Wee Ka Siong sejurus selepas MOU itu ditandatangi:

"Ini kali kedua secara rasmi dan pada tahun ini, MCA menyasarkan untuk melatih sehingga 
10,000 anggota MCA melalui pengenalan modul pencegahan di sekolah MCA. 

"Selain itu pendekatan pencegahan rasuah ini secara tidak langsung dapat memperbaiki  kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)," 

Bagi kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh MCA ini wajar diberi pujian. Buat masa ini, hanya MCA sahaja yang telah secara terbuka "engage" bersama SPRM bagi memastikan proses penyampaian maklumat serta informasi berkaitan rasuah ini disalurkan secara terus dari SPRM ke ahli - ahli akar umbi MCA. Langkah ini juga dapat meningkatkan "awareness" dikalangan ahli akar umbi tentang betapa buruknya rasuah dan implikasi negatif rasuah terhadap masyarakat dan negara. 

Namun, bagi kami di #KLChronicle, kami tertanya - tanya dimana parti pembangkang? Contohnya parti Democratic Action Party (DAP) yang telah diasaskan sejak 1965 dan kononnya menjadikan membanteras "rasuah" sebagai satu motto mereka sehingga hari ini tidak langsung mengadakan sebarang MOU bersama SPRM. Malah, mereka ini lebih suka menyerang SPRM. 

Walau apa pun, tahniah sekali lagi kepada kepimpinan parti MCA kerana "walk the talk" dalam usaha membanteras rasuah didalam parti dan masyarakat. "Keep up the good work" dan jangan jadi seperti DAP yang hanya tahu bercakap tetapi langsung tidak menunjukkan apa - apa usaha untuk membanteras rasuah didalam parti mereka. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget