KL CHRONICLE: Penjelasan Terperinci Proses Penyediaan Makanan di McDonald's Malaysia

Wednesday, January 13, 2016

Penjelasan Terperinci Proses Penyediaan Makanan di McDonald's Malaysia



Persoalan tentang status halal serta proses penyediaan makanan di McDonald's Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Umum ketahui bahawa di media sosial terdapat banyak "suara - suara nakal" yang suka membangkitkan persoalan ini. Malah, ada yang lebih teruk lagi yang sanggup melakukan fitnah dengan mengatakan bahawa restoran McDonald's Malaysia tidak halal dan penyediaan makanan mereka tidak bersih. Ini merupakan satu penipuan dan tidak benar sama sekali. 

Sebelum ini, kami telah menulis tentang status halal McDonald's Malaysia. Anda boleh membaca artikel tersebut disini:


Makanan McDonald's 100% Halal, Tiada Langsung Kompromi - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/01/makanan-mcdonalds-100-halal-tiada.html#sthash.0HYPTdpH.dpuf

Hari ini, kami di #KLChronicle akan menulis secara terperinci tentang proses penyediaan makanan di semua restoran McDonald's Malaysia. Ini adalah untuk membuktikan dan meyakinkan para pembaca bahawa makanan di McDonald's Malaysia adalah halal dan bersih. 

Pertama sekali, McDonald's Malaysia hanya mengambil sumber makanan daripada pembekal yang diyakini oleh syarikat. Malah, dalam memastikan produk makanan McDonald's Malaysia melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal. Ini bernakna sumber makanan McDonald's Malaysia adalah dari sumber yang halal. 

Bukan sahaja daging dan ayam, malah bahan - bahan lain yang digunakan oleh McDonald's Malaysia juga diambil dari pembekal yang boleh dipercayai. Bahan-bahan ini bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Bagi bahan - bahan yang perlu diimport dari luar negara, MCDonald's Malaysia memastikan pembekal mereka juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. 

Lebih mengkagumkan adalah badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan McDonald's di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan. Konklusinya, dari maklumat yang kami terima tentang cara proses penyediaan makanan yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia telah terbukti bahawa McDonald's Malaysia sangat mengambil berat status halal serta proses penyediaan makanan mereka. 

Oleh itu, kami ingin mencabar sesiapa sahaja diluar sana yang mempunyai bukti bahawa McDonald's Malaysia adalah tidak halal dan proses penyediaan makanan mereka tidak bersih, boleh lah tampil dan memberikan bukti terseut kepada kami untuk diketengahkan. Sebelum ini, sila lihat link berikut yang dikeluarkan oleh JAKIM berkaitan sijil Halal McDonald's Malaysia:


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget