KL CHRONICLE: Azalina Othman Bidas Fitnah Jijik @Teresakok mengenai SPR

Saturday, October 24, 2015

Azalina Othman Bidas Fitnah Jijik @Teresakok mengenai SPR


Baru-baru ini, Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Seputeh, Teresa Kok telah melontarkan persoalan kepada kerajaan meminta SPR menyatakan sebab mengapa menghalang parti politik mendaftar pengundi baharu. 




Namun, sebenarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Teresa Kok ini tidak tepat sekali dan merupakan satu fitnah jijik terhadap SPR. 


Menurut Datuk Seri Azalina Othman Said, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menghalang mana-mana parti politik untuk mendaftar pengundi baharu. Malah, SPR menerima sejumlah 373,467 pendaftaran sebagai pemilih baharu dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua dari Mei 2013 sehingga Mei lepas.
   
Persoalannya sekarang, mengapa Teresa Kok dan DAP dilihat cuba untuk menyerang kredibiliti SPR? Adakah ini kerana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Proses Persempadanan Semula Sarawak yang dilakukan oleh SPR sah dan boleh dibentangkan di Parlimen sekaligus membuktikan fitnah pembangkang selama ini terhadap SPR cuma satu penipuan?


Kami di #KLChronicle berharap rakyat jangan termakan dengan fitnah pembangkang terhadap SPR kerana telah terbukti mereka hanya menipu demi kelangsungan politik mereka sahaja.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget