KL CHRONICLE: KINI PRASARANA SAMBUT BAIK INISIATIF PENGANGKUTAN AWAM DALAM #Bajet2016

Saturday, October 24, 2015

KINI PRASARANA SAMBUT BAIK INISIATIF PENGANGKUTAN AWAM DALAM #Bajet2016


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyambut baik pelbagai inisiatif untuk menambah baik sistem pengangkutan awam negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam cadangan Belanjawan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata cadangan-cadangan yang diumumkan adalah bertepatan dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.  

“Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, projek-projek yang sedang dilaksanakan oleh Prasarana kini berjalan lancar dan akan beroperasi mengikut jadual. Projek Penyambungan Jajaran LRT Laluan Ampang dan Kelana Jaya akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan lagi peratusan ini.

“Langkah Kerajaan untuk melaksanakan projek BRT (Bas Rapid Transit) juga adalah di landasan yang betul khususnya BRT Kuala Lumpur-Klang, yang akan membantu memberi impak besar dalam mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang di samping menambahbaik mutu sistem pengangkutan awam,” kata Datuk Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi turut menyambut baik cadangan pembinaan sistem BRT di Kota Kinabalu yang pasti akan mempertingkatkan lagi mutu sistem pengangkutan awam dan gaya hidup penduduk di ibu negeri Sabah.

Tambah beliau, selain LRT, projek BRT sememangnya adalah formula terbaik dalam meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam.  

Dalam ucapan Bajet 2016, Perdana Menteri mengumumkan dua projek BRT akan dilaksanakan tahun depan iaitu BRT Kuala Lumpur - Klang and BRT Kota Kinabalu, yang masing-masing dianggarkan bernilai RM1.5 billion dan RM1 billion.

TAMAT

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget