KL CHRONICLE: Menjawab Kenyataan Bodoh Ahli Parlimen PKR

Saturday, October 24, 2015

Menjawab Kenyataan Bodoh Ahli Parlimen PKR

Bengap punya Ahli Parlimen PKR
Ini satu lagi mangkuk ayun punya PKR. Itu bukan pemotongan, peruntukkan yang dulu diberikan banyak untuk perbelanjaan CAPEX expenditures one-off seperti pembinaan kampus dan universiti baru etc. Perbelanjaan mengurus dan OPEX untuk tenaga pengajar dan students ditambah.



Pembinaan universiti dan kampus baru memang memerlukan beratus juta, tetapi bukan diperlukan setiap tahun. It is not recurrence budget.

Kita spent about RM60 billion every year on education (20-30% of budget) for 6 million students. Subsidi untuk pelajar IPT adalah dalam RM5-10k seorang setahun..

Kenyataan Media: Potongan Bajet IPTA teruk, UMNO/BN lupakan pengundi muda.

24 Oktober 2015

Dalam Bajet 2016 yang diumumkan semalam, salah satu pemotongan yang paling dahsyat adalah terhadap Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebanyak RM2.4 billion atau 15% telah dipotong daripada kementerian.

Akibatnya, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengalami potongan bajet sebanyak RM 1,442,226,800 atau bersamaan dengan -16.5% berbanding bajet 2015. Daripada 20 IPTA, 19 IPTA mengalami potongan bajet. Universiti terulung UM mengalami potongan paling teruk setinggi 27.3%. Sila rujuk carta excel.

Pemotongan bajet ke atas IPTA telah bermula sejak bajet 2015. Pemotongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan -12.36% berbanding bajet 2014.

Pemotongan yang begitu drastik ke atas universiti sudah pasti akan menyebabkan kenaikan kadar yuran universiti.  Kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 534,569 mahasiswa dalam IPTA. Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 20% untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA. Pihak universiti juga mungkin menaikan yuran-yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran, fi perkhidmatan dan sebagainya. Dalam keadaan pinjaman PTPTN dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.

Dengan pemotongan teruk ke atas IPTA, UMNO/BN mungkin kehilangan sokongan mahasiswa. Dalam PRU13 yang lepas, UMNO/BN hanya mendapat 46% sokongan orang muda dalam kategori umur 21-25. Pemotongan bajet IPTA dua tahun berturut-turut akan menyebabkan kesangsian kalangan mahasiswa. Adakah UMNO/BN telah “give up” cuba mendapat sokongan orang muda terutamanya golongan mahasiswa yang kebanyakan berpendidikan tinggi dan pandai berfikir? Adakah Perdana Menteri akan mengalami nasib seperti Persiden South Africa Jacob Zumar yang sekarang dibenci dan ditentang oleh kalangan mahasiswa?

Parti KEADILAN membantah pemotongan bajet IPTA kerana ia merupakan satu tanggungjawab Negara dan juga pelaburan yang bijak. Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi akan mendapat Mutiplier effect yang tinggi. Ia juga mengurangkan masalah penggangguran kepada kerajaan. Parti KEADILAN sedar akan kebaikan pelaburan dalam pendidikan tinggi. Maka dalam manifesto PRU13 kami, kami telah menjanjikan pendidikan percuma sehingga ke pengajian tinggi. Ini adalah serupa dengan Negara German yang telah memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya.

Sim Tze Tzin,

Pengarah Strategi Parti KEADILAN
Ahli Parlimen Bayan Baru

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget