Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin diasak dan dikritik teruk di peringkat nasional, namun bandar diraja Pekan, Pahang tidak ubah seperti satu singgahsana turun temurun yang diwarisinya daripada allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diusahakan Tun Razak pada 1959, sewaktu menjadi timbalan perdana menteri, secara tidak langsung membantu mengukuhkan lagi pertalian bandar ini dengan anaknya yang kini sedang berdepan ujian terbesar dalam karier politik.
Musuh ketat nombor satu Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu dilaporkan menyeru warga Pekan agar tidak lagi mengundi Najib sebagai ahli Parlimen mereka buat kali ke-11 dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Namun, seruan bekas perdana menteri keempat itu ibarat mencurah air ke daun keladi semata-mata.
Bekas pesara, Wan Hassan Wan Hussein, 72, menyokong kuat Najib kerana mengenangkan jasa ayahnya yang merupakan bekas menteri besar Pahang serta bekas perdana menteri Malaysia yang kedua.
"Ayahnya yang usahakan segala-galanya dulu," katanya sewaktu ditanya sebab beliau menyokong Najib.
Wan Hassan yang memakai baju-T berwarna biru putih dengan lambang Barisan Nasional dan topi dengan lambang sama sewaktu diwawancara berpendapat, Dr Mahathir sewajarnya mengenang jasa "anak Tun Razak" itu yang memenangkannya sewaktu beliau menentang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan Umno 1987.
"Dulu dia (Dr Mahathir) dibuang waktu zaman Tunku Abdul Rahman, tetapi Tun Razak ambil dia balik," katanya merujuk pula kepada pemecatan Dr Mahathir yang dilakukan Tunku pada hujung 1969 akibat perselisihan di antara mereka.
Diminta pendapatnya berkenaan usaha Dr Mahathir menyingkirkan Najib, Wan Hassan mengeluarkan kata-kata berikut:
"Pakcik fikir Dr Mahathir ini macam pakcik juga, sudah tua-tua begini, dia nyanyuk dan kadang-kadang dia lupa" katanya yang ditemui sewaktu pulang mengerjakan sawahnya berhampiran Masjid At-Taqwa, Pekan.
Seorang lagi penyokong Najib, Husna Ahmad Kahlon, 44, berkata beliau berpuas hati dengan taraf hidupnya sekarang dan merasakan keadaan di negara ini masih stabil.
"Saya memang masih sokong Barisan Nasional (BN) sebab saya rasa Malaysia masih okay," kata pengerusi Taman Bimbingan Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang aktif dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu.
Najib merupakan ahli Parlimen Pekan sejak 1976, sewaktu beliau bertanding menggantikan bapanya yang meninggal dunia.
Bapanya yang dilahirkan di Pekan pada 1922 juga merupakan ahli Parlimen bandar ini sejak kemerdekaan Malaya lagi.
Dengan sejarah warisan keluarga yang begitu berakar umbi di sini, bandar Pekan ini dengan Najib ibarat isi dengan kuku.
Anak peneroka Felda, Husna Ahmad Kahlon dan Rozmah Jusoh berkata tidak pernah terlintas di fikiran untuk tidak menyokong perdana menteri.
4 comments:
En. Wan Hassan Wan Hussein juga perlu faham bahawa dalam pemilihan UMNO 1987, Najib sebenar telah berpihak kepada Tengku Razaliegh, tetapi kerana risau dengan kedudukannya politiknya disebabkan majoriti Pemuda UMNO menyokong Tun Dr. Mahathir, maka Najib telah buat U-Turn menyokong Tun Dr. Mahathir.
Kalau En. Wan Hassan tanya kepada para kepimpinan veteran UMNO yang ada pada masa itu tentu En. Wan Hassan akan faham situasi sebenar.
Malahan En. Wan Hassan juga perlu jelas mengenai perbezaan antara Najib dengan Tun Razak, kerana Tun Razak tidak ambik duit berbilion ringgit untuk dimasukkan ke akaun sendiri dari pihak luar kononnya sebagai derma untuk parti atau kerajaan, tapi Najib buat benda sebegitu, malahan RM 2.63 bilion itu tidak diketahui apakah yang terjadi sebenarnya dengan wang itu, Najib oleh kata dia buat CSR bagai, tetapi manakah buktinya? Janganlah buat CRS guna wang dalam akaun parti, tapi menjoli untuk diri sendiri wang RM 2.63 bilion itu, lepas tu kata CRS guna wang RM 2.63 bilion itu pula.
Ini kerana langsung tak ada bukti samada senarai perbelanjaan dan juga resit perbelanjaan, kerana perlu ingat kalau wang RM 2.63 bilion itu wang derma untuk parti, maka kena ishtiharkan, kena masuk akaun parti, nak belanja pun kena dapatkan kelulusan dari parti, lepas tu kena ikut peraturan parti, ada senarai perbelanjaan, ada resit perbelajaan, kerana pengurusan wang parti ada peraturannya, bukannya guna sesuka hati seperti wang sendiri lepas tu beri alasan macam-macam pula.
Dalam isu ini Wan Hassan tak sedar bahawa Najib sedang mengkhianati parti, kerana skandal jenayah peribadinya telah terbongkar, maka Najib menggunakan parti untuk dibebankan segala jenayah itu sebagai jenayah parti, sedangkan bukan parti yang buat jenayah, tetapi Najib yang buat jenayah, parti dijadikan korban oleh Najib kerana nak lepaskan diri dari tanggungjawab.
Inilah isunya mengapa desakan supaya Najib meletak jawatan, malahan Najib perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima pembalasan yang sewajarnya berdasarkan apa yang dia buat itu.
Sedarlah semua.
Yea...saya setuju apayang dinyatakan, ini bukan kenang jasa atau bagai, tapi perbuatan dari undang 2 itu sendiri, sebagai Presiden, beliau patut faham undang 2 yang di naungkan. Wan Hassan patut sedar, bagaikan juga Tun apa yang beliau ucapkan. Yang amat penting ialah parti, individu tidak penting, banyak soalan yang belom dijawap, raayat semankin resah dan keliru, perpecahan telah berlaku. Berihat lah Najib!..biarlah siasatan di buat dengan tidak ada bangunan.
Perlu ke kite korbankan UMNO semata2 utk mempertahankn seorang PM yg begitu meragukan. Skrg ni isu Najib dh heret sekali dgn parti. Masa Tun Abd Razak dulu, tidak ada isu peribadi dia yg mengheret parti sekali. Dia lebih utamakan parti dan kepentingan org Melayu. Now Najib dgn masalah sendiri, mengheret sekali parti UMNO dlm kancah skandal peribadi dia. Pegi mana2, majoriti org bercakap negatif tentang Najib dan UMNO. Sbb....org berpendapat, kalau kepala pn mcm tu....ekor pn berciri sama juga. Lihat realiti. Lihat apa sentimen rakyat skrg ni. Lihat apa yg majoriti rakyat nk tahu. Andaikata semua 3 juta ahli UMNO sokong pun, blm cukup utk memenangkn BN. Lihat PRU13, jumlah undi PR melebihi BN. BN menang pn sbb atas pemecahan kawasan. Kalau ikut undi popular, mmg dh bungkus dh. Para pengundi atas pagar memainkan peranan penting utk hala tuju parti yg bakal menang. Mereka ini lebih berfikir secara kritikal, bkn YES shj. Isu2 semasa dan kebolehan parti utk mentadbir dgn baik menjadi serta isu2 lain menjadi ukuran. Yg sya lihat skrg ni, jawapan2 yg diberi najib dan pengampu2 dia tentang RM 2.6b itu, tidak membantu langsung. Kalau kita susun ikut kronologi, jawapan2 diberi dri mula kes itu timbul, smpi skrg, boleh tergelak sorang2. Low class btl. Bagi org bijak....jawapan2 najib beri itu mmg tidak bijak langsung. Bgi org yg tidak bijak, jawapan2 najib tu kita mmg jawapan bagus dh tu. Sbb itu Dr Mahathir tidak dapat terima alasan najib. Sbb die bijak. Ape pn...senang je....lihat sentimen majoriti rakyat skrg ini,,,,,anda boleh tahu UMNO sedang menuju ke arah mane...........
Setiap sesuatu itu sudah ALLAH tetapkan dan sudah tertulis di Loh Mahfuz bererti masa depan bagi pandangan kita sebagai manusia cuma sejarah sahaja di sisi Pencipta. Olih itu sekiranya sesuatu berlaku tetapi tidak sebagaimana yang kita mahukan hendaklah kita pasrah dan berserah shj kepadaNya. Sesuai dengan Firman Allah seperti dibawah ini:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Post a Comment