UMNO Bahagian Labuan merupakan bahagian Terakhir bermesyuarat Di Wilayah Persekutuan.
Pemuda UMNO Wilayah membawa usul MRSM Untuk WP! semenjak dari bulan Mei lagi melalui mesyuarat-mesyuarat Pemuda Cawangan.
Alhamdulillah, dengan pegumuman yang di buat oleh YB Datuk Sri Ismail Sabri sebentar tadi, ianya menjadi satu Perjuangan Manis bagi seluruh Pergerakan Pemuda dalam WP.
Adik-adik yang hadir dalam mesyuarat di peringkat cawangan .. Inilah hasil perjuangan anda .. Mungkin bukan untuk kita belajar di MRSM ini, tapi mungkin ianya akan digunakan oleh Anak-anak atau saudara mara adik-adik suatu hari nanti.
Kepada YB Datuk Sri Ismail Sabri, seluruh Pemuda UMNO Wilayah mengucapkan jutaan terima kasih kerana YB telah mendengar suara hati anak-anak muda WP.
Inilah semangat Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ..
#wilayahkuceria
No comments:
Post a Comment