Berani kerana benar. Bagi kami itulah kata-kata yang paling tepat untuk melambangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipimpin oleh Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof yang berani mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei 2015 yang lepas apabila mengisytiharkan notis SPR mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak mempunyai butiran yang terhad, dan mengarahkan SPR mengeluarkan semula notis tersebut.
Malah, pada 25 Mei yang lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie mengeluarkan arahan tambahan mengisytiharkan notis SPR mengenai cadangannya bagi persempadanan semula adalah batal dan tak sah selepas memutuskan notis itu tidak mematuhi Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.Namun, menyedari bahawa mereka berada di pihak yang benar, SPR melalui Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof telah mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dengan membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.
Setelah segala hujah dibentangkan, terbukti bahawa SPR berada di pihak yang benar dan pada 7 Ogos 2015 Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak.
Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara membenarkan rayuan SPR dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan notis SPR itu batal dan tak sah. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang menyampaikan keputusan itu berkata notis SPR mematuhi peruntukan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi kami di #KLChronicle, kejayaan SPR ini membuktikan beberapa perkara antaranya:
1. Segala proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR adalah mengikuti undang-undang negara dan Jadual ke - 13 Perlembagaan Persekutuan.
2, Bantahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang hanya untuk memberi "persepsi negatif dan jahat" terhadap SPR walaupun dari segi undang - undang mereka (Pembangkang) tahu bahawa tiada ada kesalahan yang dilakukan oleh SPR.
Secara konklusinya, kami berharap SPR akan terus melakukan proses persempadanan semula di Sarawak dan Semenanjung Malaysia sepertimana yang mereka lakukan sekarang berasaskan lunas undang - undang dan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang bentuk provokasi murahan dari pembangkang wajar ditentang habis-habisan di Mahkamah kerana umum ketahui bahawa pembangkang ketandusan idea politik dan akan cuba segala helah untuk memberi persepsi buruk kepada SPR dan kerajaan. Adalah penting bahawa rakyat tidak terpengaruh dengan permainan jijik pembangkang ini.
No comments:
Post a Comment