Ikon terbaru Bersih-4 |
Gabungan NGO Malaysia bercadang menghimpunkan penyokongnya di Kuala Lumpur Sabtu ini sebagai membantah penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 yang dianggap haram oleh polis.
Pengerusinya Datuk Jamal Md Yunos yang mengetuai kumpulan yang dipanggil "Bersih 4.0 Cintakan Keamanan", berkata mereka melihat penganjuran Bersih 4 sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
"Kami tetap akan buat perhimpunan ini melainkan pihak penganjur Bersih 4 membatalkan niat mereka untuk membuat perhimpunan mereka," katanya pada perhimpunan aman melibatkan 25 badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur.
Ia termasuk Persatuan Veteran Tentera Melayu, Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera dan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Perhimpunan Bersih 4 yang dirancang diadakan hujung minggu ini, dianggap "tidak dibenarkan" atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat
2 comments:
Geng pemakan dedak!!
Geng pemakan dedak!!
Post a Comment