Survival politik Datuk Seri Najib Razak terbukti melebihi segalanya.
Kini, ia semakin jelas bahawa Najib sedang meniru satu demi satu langkah teknik survival politik yang ditinggalkan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mengambil langkah berani membuang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Umno menunda pemilihan parti ke 2018.
Di zaman Dr Mahathir, beliau pernah menggantikan tiga timbalannya iaitu Tun Musa Hitam meletak jawatan (1986), Tun Ghafar meletak jawatan (1993) dan akhirnya TPM Dato Seri Anwar dipecat (1998).
Di zaman Dr Mahathir juga, pelbagai skandal kewangan berlaku seperti skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992, skandal MAS, Perwaja dan sebagainya.
Namun, Dr Mahathir kekal sebagai PM selama 22 tahun. Formula Dr Mahathir memang terbukti berjaya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
28 Julai 2015
3 comments:
Tuan Ibrahim, rasanya lebih elok jaga parti kamu yg dah tunggang langgang dari memberi komen macam tu...
Mahathir dapat berkuasa 22 tahun sebab zaman dia tak ada internet dan masa tu semua media dia control
Sekrang, zaman dah berbeza..Fitnah berleluasa dlm internet, berita ditulis secara tidak berhemah di didalam blog, kesahihan berita tak peting pada masa ini
..kalau Najib dapat bertahandlm era ini, dia adalah the most powerful PM dan bukannya Tun M
Tuan Berahim tu kalau ganti tempat Hadi pun tak nampak apa kejayaan yang mampu dia buat. Dia cukup bernasib baik jadi Timb Presiden PAS kerana ramai ilmuan Islam tulen dalam PAS tak suka menjadi hamba kepada DAP melalui proksi mereka Mat Sabu dulu. Kalau nak harap gerak kerja yang bagus, lebih baik lagi Ustad Nasaruddin Mat Isa...
Tuan BErahim tu sedang menumpang tui tuah orang Pahang, mana tau kalau Ah Jib KOr dah tersepit habis nanti, dengan PAS pun dia boleh buat deal. Silap2 cerah masa depan politik beliau. Nak jadi menteri atau TPM pun boleh aje.
Post a Comment