KL CHRONICLE: UMNO Pulau Pinang Umum Sokong Penuh Tindakan PM @NajibRazak

Tuesday, July 28, 2015

UMNO Pulau Pinang Umum Sokong Penuh Tindakan PM @NajibRazak


Kenyataan Media 
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang 

Selasa, 28 Julai 2015

UMNO Pulau Pinang menyokong penuh keputusan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak merombak Jemaah Menteri pada hari ini bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam menangani cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14. UMNO Pulau Pinang yakin dan percaya barisan Jemaah Menteri yang diumumkan YAB Perdana Menteri tengahari tadi adalah satu pasukan yang komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.



UMNO Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet selama ini juga kepada bekas-bekas YB Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak dilantik semula dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.

UMNO Pulau Pinang mengucapkan setinggi tinggi Tahniah kepada YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ucapan tahniah juga kepada YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri yang di umumkan tadi.

UMNO Pulau Pinang turut berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang mengekalkan YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dan melantik YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas sebagai Timbalan Menteri Luar. Perlantikan dua orang Timbalan Menteri dari UMNO Pulau Pinang oleh YAB Perdana Menteri amat amat dihargai.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget