Aabar menaja pasukan Formula 1 Ferrari |
Kementerian Kewangan menjelaskan sebuah syarikat pelaburan petroleum terkemuka dunia dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan USD $1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana yakin dengan model perniagaan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.
"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.
"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.
Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.
“Sementara pilihan sedang dijalankan dengan menghormati kewangan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga,” katanya.
1MDB dalam satu kajian strategik pada Februari berkata dua projek hartanah itu akan menjadi entiti berasingan tetapi masih dimiliki Kementerian Kewangan.
3 comments:
Gila dan semakin gila, orang bermasalah mental di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan pun akan stress dengan apa yang terjadi pada 1MDB sekarang ini.
"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa" - Kata Husni Meneri Kewangan Kedua.
Tidakkah gila perkara ini, Aabar itu beri suntikan dana, tetapi bukannya untuk pembangunan, tetapi untuk bayar hutang, saya tidak tahulah bagaimana puak-puak di 1MDB ini berfikir, malahan saya tak tahulah bagaimana mana blogger KL Chronicle ini berfikir hingga boleh mengiakan semua perkara gila sebegini rupa.
Mana dia USD 1.103 bilion wang tunai@aset@unit yang disimpan di Singapura itu kalau nak bayar hutang pun kena dapatkan dana dari luar?
Malahan dana yang diberikan itu dana apa sebenarnya? Hutang ataupun joint venture? Kalau hutang, makin teruklah 1MDB, asyik tambah hutang, kalau joint venture, nak tahu, joint venture jadah apa pula yang dibuat itu? Atau tanah di Sungai Besi atau di TRX atau di kedua-duanya dijual kepada Aabar Group itu pula?
Malahan Arul Kanda larikan diri dari menjawab kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara pada hari Selasa, tetapi boleh pula makan malam dengan Shahrir Samad di restoran pada hari Rabu. Kononnya di luar negara, tapi pasal apa tak ada rekod keluar negara antara 23 Mei 2015 hingga 27 Mei 2015?
Malahan alasan Shahrir Samad jumpa Arul Kanda pada sehari selepas sepatutnya Arul Kanda hadir dan menjawab soalan daripada Jawatankuasa Kiri-Kira Wang Awam Negara yang mana Arul Kanda kata ada di luar negara dan sedang uruskan hal penting, tetapi boleh pula datang jumpa Shahrir yang mengikut kenyataan Shahrir kerana nak beri penjelasan penting mengenai 1MDB.
Sekarang ni Shahrir Samad tu lebih besar sangatkah dari Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara sampaikan Arul Kanda boleh tak hadir jumpa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara tetapi boleh hadir jumpa Shahrir Samad di restoran dan berikan penjelasan mengenai 1MDB itu?
Keadaan menjadi makin caca marba, tunggang langgang, makin banyak nak disorok dan ditipu, makin banyak yang terbongkar, kepada pengurusan atasan 1MDB, bersiap sedialah untuk diheret ke mahkamah tak lama lagi, dan bersiap sedialah untuk merengkok di dalam penjara kerana menjadi penyamun yang mencuri harta rakyat. Terutama Najib, semoga dapat duduk satu penjara dan satu sel penjara dengan Anwar, dua-dua penipu dan pengkhianat negara.
Apakah Aabar Group ini ditelah diberikan gadaian berupa telaga petroleum dan gas asli di Terengganu? Kerana anak syarikat Aabar ini terlibat dengan industri gas dan petroleum?
Keadaan makin panas, pihak Audit Negara perlu siasat mengenai perkara ini, sampai bila nak biarkan negara kita ini disamun oleh Perdana Menteri dan Menteri-Menteri penyamun yang bersekongkol menyamun harta negara melalui 1MDB ini?
Tindakan tegas perlu disegerakan untuk menyelesaikan masalah ini, kalau tidak makin teruk lingkup negara kita ini kelak.
Barisan Nasional tak salah, tapi yang salah adalah Najib Ketua Penyamun, dengan Menteri Penyamun serta Pegawai-Pegawai Penyamun di 1MDB yang menyamun harta negara.
Tetapi kerana puak penyamun ini buat angkara, imej Barisan Nasional pula yang lingkpu jadi mangsa.
UMNO perlu memecat Najib kerana dia menjadi petualang pengkhianat negara serta pengkhianat UMNO dan Barisan Nasional.
Barisan Nasional perlu mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib kerana dia menjadi petualang melingkupkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional serta menyamun harta negara.
Blogger KL Chronicle, Najib bila dah bungkus kelak, nanti kau nak berpaut kepada siapa pula?
Sudah-sudahlah membela kemungkaran, duit yang dapat hasil membela kemungkaran ini tak berkat, malahan boleh terjebak kepada haram sumbernya itu.
Dalam isu 1MDB ini, Najib serta kumpulan penyamunnya itu dah tak ada jalan keluar lagi, mereka makin banyak membohong, makin banyak terdedah pembohongan dan kerja kotor mereka itu.
Bersiap sedialah untuk dihadapkan ke mahkamah dan diheret ke penjara. Najib letakkan satu sel penjara dengan Anwar, bagu satu geng mereka itu, dua-dua pelingkup negara.
Blogger KL Chronicle, sedarlah rakyat di akar umbi dah menolak Najib, malahan begitu marah dengan kerajaan serta Barisan Nasional disebabkan kegiatan samun menyamun oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.
Oleh itu, Najib samada berundur, atau UMNO memecat Najib serta Barisan Nasional membuat undi tidak percaya di Parlimen untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional dari dipandang buruk oleh rakyat akibat kelakuan perosak Najib dan kuncu-kuncunya itu.
Saya tak tahulah jika majoriti orang-orang UMNO sendiri serta parti komponen Barisan Nasional yang lain lebih mengutamakan kepentingan perosak Najib daripada mempedulikan masa depan Barisan Nasional yang makin hari makin kelam akibat penyelewengan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.
Ahli-ahli UMNO boleh buat keputusan dalam pemilihan pada tahun hadapan, tetapi itu sudah terlewat, kerana dalam tempoh lebih kurang setahun dari pemilihan UMNO ini, sudah berapa banyak kemusnahan yang akan berlaku, dan jika Najib ditumbangkan dalam pemilihan UMNO 2016 nanti pun, kerosakkan terhadap maruah dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO mungkin sudah sampai tahap jahanam tak boleh diperbaiki lagi.
Apa yang perlu sekarang ini, Najib perlu dipaksa meletak jawatan atau dia dipecat dari UMNO serta Barisan Nasional membuat undi tidak percaya di Parlimen untuk memecat Najib dari jawatan Perdana Menteri dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia.
Hanya ini sahajalah caranya untuk melakukan proses penyelamatan terhadap Barisan Nasional dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Barisans Nasional dalam menghadapi PRU 14 kelak.
Najib tidak diaianya, tetapi Najib yang mengainaya, pengkhianat seperti Najib ini tidak layak untuk berada dalam Barisan Nasional, apatah lagi menjadi Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional.
Tindakan segera perlu dibuat untuk menyelamatkan imej dan maruah Barisan Nasional. Bertindaklah segera.
Post a Comment