KL CHRONICLE: Tiada Penyelewengan Pembelian Hotel di London oleh FELDA

Wednesday, May 27, 2015

Tiada Penyelewengan Pembelian Hotel di London oleh FELDA



Media pembangkang hari ini melaporkan bahawa tiada penyelewengan berlaku dalam pembelian Grand Plaza Serviced Apartment bernilai RM538 juta dan Grand Plaza Kensington Hotel pada harga RM330 juta oleh FELDA di London. Memetik berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insider, siasatan awal yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui apa-apa asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh mana-mana pihak.



Menurut maklumat yang diperolehi oleh #KLChronicle, pembelian dua hotel itu dilakukan Perbadanan Pelaburan Felda (FIC), anak syarikat Felda, pada Disember tahun lalu, menjadikan jumlah hotel yang dimiliki FELDA setakat ini 12 buah di serata dunia. Kerancakan FELDA membeli hartanah di luar negara telah mendapat perhatian ramai penganalisis hartanah dari dalam dan luar negara yang melihat FELDA kini sebagai satu organisasi global yang berpengaruh. 

Bagi kami di #KLChronicle, keputusan siasatan SPRM yang mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian hotel di London oleh FELDA membuktikan bahawa setiap perolehan yang dilakukan oleh FELDA dilakukan secara baik dan tanpa ada unsur pecah amanah atau salah guna kuasa. Namun, persoalannya sekarang, walaupun terbukti berada di landasan yang benar mengapa FELDA tetapi difitnah oleh pembangkang dalam pelbagai isu?

Kami dapat simpulkan bahawa pihak pembangkang sebenarnya sedar bahawa peneroka FELDA merupakan "vote bank" dan kubu kuat Barisan Nasional. Ini terbukti apabila di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum-sebelum ini, FELDA telah menyumbang begitu banyak undi kepada Barisan Nasional sehingga BN dapat menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan. 

Oleh itu, untuk menewaskan BN dan supaya pembangkang membentuk kerajaan persekutuan, perkara yang perlu dilakukan oleh pembangkang adalah dengan menyerang kekuatan serta paksi-paksi BN dan sebab itu FELDA menjadi mangsa. Tidak mustahil selepas ini pembangkang akan mula menyerang Sime Darby, Khazanah Nasional, KTMB dan sebagainya sehingga akhir sekali BN terkubur dan Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia. 












No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget