Rafizi Ramli mengutip wang secara tidak sah dari segi undang-undang Bank Negara Malaysia menggunakan syarikat peribadi milik beliau |
Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafii Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB,". Rames Rao
Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.
"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif,
Rafizi Ramli merupakan pemilik syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd |
Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.
"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.
"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.
Rafizi Ramli sendiri mengaku bahawa NOW adalah sebuah NGO [After lawsuit, Rafizi to kickstart ‘Shut Down 1MDB’ campaign - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-lawsuit-rafizi-to-kickstart-shut-down-1mdb-campaign#sthash.5RDmPaVS.dpuf] |
Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.
"Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya. - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment