KL CHRONICLE: @LiowTiongLai : Tiada lebihan kos untuk #klia2 @My_Airports @AKaprawi

Tuesday, May 19, 2015

@LiowTiongLai : Tiada lebihan kos untuk #klia2 @My_Airports @AKaprawi


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menjawab fitnah jijik pembangkang yang menyatakan bahawa pembinaan #KLIA2 telah mengakibatkan "Cost overrun" akibat kelemahan pihak pengurusan dan kerajaan sehingga menyebabkan pembaziran. Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, kenaikan kos pembinaan itu disebabkan oleh penukaran konsep reka bentuk bagi lapangan terbang itu


"Sebenarnya, projek klia2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk klia2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan," katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah tepat dan bukan berbentuk satu "cover up". Ini kerana, bagi mereka yang biasa mengendalikan kontrak pembinaan, sebelum satu kontrak itu ditandatangani, skop kerja, kos dan jadual pembinaan haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu klien dan juga kontraktor. 



Namun, apabila skop kerja berubah atau pun terdapat pertambahan skop, sudah pasti kos juga akan meningkat dan sekaligus menyebabkan jadual pembinaan juga dilanjutkan. Ini adalah sebenarnya apa yang berlaku pada #KLIA2. Pertambahan skop ini berlaku apabila syarikat seperti AirAsia meminta pelbagai kemudahan tambahan yang tiada dalam kontrak asal. [Lihat gambar diatas].

Oleh itu, fitnah pihak pembangkang yang menyatakan bahawa terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu pembinaan KLIA2 adalah tipu semata-mata dan hanya cuba memburukkan kerajaan. Menteri dan Timb. Menteri Pengangkutan telah menjawab segala fitnah ini dengan baik sekali. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget