KL CHRONICLE: Hanipa Maidin Menipu, TIA tidak pernah diberi RM 500 juta

Friday, May 29, 2015

Hanipa Maidin Menipu, TIA tidak pernah diberi RM 500 juta

Hanipa Maidin merupakan antara pemimpin Kanan golongan "Profesional/Erdogan" dalam PAS
Dakwaan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) diberi dana permulaan sebanyak RM500 juta adalah tidak benar, menurut Kementerian Kewangan.


"Berdasarkan maklumat yang dikemukakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mengenai TIA diberi dana permulaan RM500 juta adalah tidak benar," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Hanipa (PKR-Sepang) di Dewan Rakyat, semalam.

Hanipa meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada TIA yang ditubuhkan pada 2008 sebelum 1MDB, diberi dana (modal) permulaan RM500 juta dan jika benar, apa yang terjadi kepada dana itu. Jika tidak, berapa banyak dana permulaan yang diberikan kepada TIA.


Kementerian Kewangan menjelaskan kerajaan persekutuan mengambil alih TIA daripada kerajaan negeri Terengganu pada 25 September, 2009 dengan harga sebanyak 1,000,002.00 dan TIA seterusnya ditukar nama kepada 1MDB.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget