KL CHRONICLE: Warga FELDA, Ingatkah Anda Tentang Fitnah PAS Terhadap Anda?

Tuesday, April 21, 2015

Warga FELDA, Ingatkah Anda Tentang Fitnah PAS Terhadap Anda?


Malam tadi, PAS Kawasan Rompin telah mencalonkan Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.



Pengumuman itu telah diumumkan oleh naib presiden PAS daro golongan Anwarinas iaitu Salahuddin Ayub ketika ceramah pengisytiharan calon di Bandar Satelit Muadzam Shah di Rompin, malam ini.

Sebab utama Nazri Ahmad dipilih adalah kerana beliau berasal dari Felda Keratong 5 dan PAS sedar bahawa undi warga FELDA adalah penentu kemenangan mana-mana parti yang bertanding di Rompin.


Namun, mahukah warga FELDA mengundi sebuah calon dari parti politik yang telah didapati bersalah memfitnah FELDA mempunyai urusan perniagaan dengan Israel.?

Jika pembaca masih ingat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi pernah diperintahkan membayar ganti rugi RM130,000 kepada Felda selepas didapati memfitnah FELDA berhubung dakwaan FELDA menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Fitnah jijik yang telah dilakukan oleh PAS telah mencalar imej FELDA secara amnya dan peneroka FELDQ secara khususnya dimana PAS membayangkan peneroka FELDA bekerja bagi puak Israel laknatullah.

Fitnah ini dilakukan hanya untuk meraih sokongan politik murahan yang akhirnya memjatuhkan maruah orang Islam Malaysia yang secara terang menentang kezaliman Israel di bumi Palestine.

Dari PAS sibuk memfitnah FELDA dan warga peneroka, lebih elok PAS beri cadangan bagaimana FELDA boleh memperbaiki operasi mereka sekaligus meningkatkan produktiviti dan keuntungan. Betul tak?

PAS kena muhasabah diri, ask are you (PAS) the problem or part of the solution?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget