KL CHRONICLE: MCA Mobilisasi Semua Jentera Pulau Pinang ke #PRKPermatangPauh

Sunday, April 26, 2015

MCA Mobilisasi Semua Jentera Pulau Pinang ke #PRKPermatangPauh

@weekasiongmp di kedai makan berjumpa pengundi
Menyedari hakikat bahawa Permatang Pauh merupakan antara kubu kuat pihak pembangkang, MCA kini dilihat gigih berkempen bagi memastikan calon BN dari UMNO memenangi kerusi ini dan memecah dominasi serta dinasti keluarga  Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.




Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam program "door to door"
Ini terbukti dengan kempen "Door to Door"  yang dilakukan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang dilihat berkempen dengan gigih bagi memastikan sokongan sahabat berbangsa Cina kembali kepada Barisan Nasional. 




Maklumat dari sumber "On the ground" menyatakan bahawa antara isu bagi kaum Cina adalah hudud. MCA mengambil pendekatan bahawa Hudud hanyalah untuk orang Islam namun penipuan yang dilakukan oleh DAP dalam menipu rakyat berbangsa Cina bahawa mereka membantah Hudud tetapi tetap bekerjasama dengan PAS adalah satu sikap hipokrit yang tidak dapat dibenarkan dan wajar dihukum dalam PRK kali ini.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni MCA yang berada on the ground untuk berkempen menunjukkan MCA juga yakin bahawa kerusi Permatang Pauh ini boleh dirampas dari pembangkang. Kami berharap agar parti komponen lain juga terus komited sepertimana MCA dan dengan usaha dan kerjasama yang baik kita dapat tambah lagi satu kerusi Parlimen untuk BN.

#LawanTetapLawan!



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget