KL CHRONICLE: Kini Azmin Ali Hapuskan Sistem Tender Terbuka di Selangor , @dapmalaysia Kenapa Diam?

Thursday, April 2, 2015

Kini Azmin Ali Hapuskan Sistem Tender Terbuka di Selangor , @dapmalaysia Kenapa Diam?



Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membidas Mohamed Azmin Ali kerana menamatkan sistem tender terbuka selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor walaupun ia terbukti dapat menangani isu rasuah dan salah guna kuasa.

Bekas menteri besar itu berkata, sistem tersebut yang diperkenalkannya pada 2008, bertujuan mewujudkan persaingan kompetitif dan menangani isu orang tengah tetapi ditukar bawah pentadbiran Azmin pada November 2014.



"Agak mengecewakan sistem tender terbuka, dengan pemilihan harga paling kompetitif, ditukar seperti yang disebut Azmin pada November lepas," kata Khalid semasa ucapan menjujung titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.



Katanya, beliau melaksanakan sistem itu bagi memilih antara harga paling kompetitif daripada vendor yang menepati semua syarat, bertujuan mengurangkan peranan orang tengah.
Pada sidang DUN November, Azmin semasa menjawab soalan dalam Dewan berkata, pentadbirannya tidak mengikut konsep tender yang diperkenalkan Khalid sejak 2008 atas alasan ia punca projek yang disiapkan tidak berkualiti.

Ahli DUN Pelabuhan Klang itu dalam ucapannya hari ini menegaskan, mutu hasil kerja kontraktor tiada kaitan dengan nilai sesuatu kontrak, seperti didakwa Azmin.

"Meninggikan nilai kontrak tidak akan meningkatkan kualiti kerja pada kadar yang sama," katanya.

Katanya, sistem tender terbuka diwujudkan bertujuan menambahbaik pentadbiran serta berlandas prinsip 'value for money' (nilai untuk wang).

"Idea sistem tender terbuka atas prinsip 'value for money' ialah untuk mereformasikan pentadbiran bagi menhalang rasuah dan orang tengah," katanya.

Khalid berkata, langkah tersebut selari dengan gesaan Sultan Selangor yang mahukan pentadbiran negeri bersih daripada rasuah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget