Menyedari bahawa banyak rungutan yang diterima oleh pengguna teksi berkaitan isu teksi yang tidak menggunakan meter, pemandu tidak dikenali, latar belakang pemandu palsu dan sebagainya, Suruhanjaya Pengangkuyan Awam Darat (SPAD) dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengambil satu langkah proaktif dalam memperkenalkan sebuah aplikasi "Meter On" bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pihak ini.
Selain membantu pengguna dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam menggunakan perkhidmatan teksi, objektif aplikasi "Meter On" ini adalah juga untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi supaya mereka (pemandu teksi) tahu segala gerak geri dan perbuatan mereka dapat dinilai oleh pengguna dan seterusnya satu bentuk rating akan diberi bagi melabel mutu perkhidmatan pemandu teksi tersebut.
LATAR BELAKANG APLIKASI METER ON
Aplikasi "Meter On" ini sesuai digunakan untuk telefon bimbit Android dan iOS dan lebih menarik lagi ianya boleh dimuat-turun menerusi Google Play secara percuma. Sehingga hari ini, hampir 50,000 teksi diseluruh Semenanjung Malaysia telah berdaftar dalam data aplikasi Meter On ini.
Aplikasi Meter On dilengkapi enam ciri utama, iaitu :
1. Pengesahan pemandu
2. Penjejak perjalanan
3. Anggaran tambang
4. Penilaian pemandu
5. Isyarat kecemasan (SOS)
6. Maklum balas/aduan.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah SPAD dalam melancarkan aplikasi "Meter On" ini wajar dipuji kerana umum ketahui zaman teknologi kini semakin pesat membangun dan hampir semua rakyat Malaysia mempunyai "smart phone" dimana dengan aplikasi "Meter On" ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk membuat keputusan yang tepat sebelum menaiki teksi yang dipilih.
No comments:
Post a Comment