KL CHRONICLE: ADUN PAS Hulu Klang Mahu Pembangkang Buang PAS dari PR #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Sunday, April 26, 2015

ADUN PAS Hulu Klang Mahu Pembangkang Buang PAS dari PR #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Saari Sungib dilihat bersama Penasihat @dapmalaysia @limkitsiang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Hulu Klang Saari Sungib menyarankan Pakatan Rakyat (PR) menyingkirkan PAS sekiranya suara akar umbi gabungan tersebut mahukan sedemikian.

Menurut pemimpin PAS yang digantung itu, suara akar umbi dapat diketahui dengan membuat tinjauan menggunakan badan bebas untuk mengkaji situasi dalaman dan mampukah PR menang dalam pilihan raya akan datang.



"Untuk pastikan ia betul atau tidak (suara akar umbi) PR perlu membuat kajian secara menyeluruh melalui badan- badan bebas seperti Merdeka Center atau sebagainya.
"Kalau keputusan kata PAS elok keluar daripada PR maka hendaklah dibuang daripada PR dan satu keputusan tegas perlu dibuat Pakatan," katanya semasa berucap di konvensyen PasMa peringkat Selangor di Shah Alam hari ini.

Saari yang digantung kerana tindakannya yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa kemelut menteri besar Selangor berkata, kewajaran saranannya itu memandangkan wujudnya suara-suara yang tidak puas hati mengenai tindakan PAS akhir-akhir ini yang sering kali membelakangkan PR. – 26 April, 2015.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget