KL CHRONICLE: SPAD Akur Arahan Kabinet @NajibRazak

Sunday, March 22, 2015

SPAD Akur Arahan Kabinet @NajibRazak


There you go, akhirnya SPAD akur dengan arahan kabinet bahawa kenaikkan teksi dan bas express perlu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh kerajaan i.e. mungkin selepas rakyat implementasi Goods and Service Tax (GST) selesai.




Bagi kami di #KLChronicle, arahan yang dikeluarkan kabinet sangat jelas bahawa "tangguh" kenaikkan harga dan buka "batal" mahupun "ubah" kenaikkan harga tambang. Ini sekaligus menunjukkan kabinet bersetuju dengan jumlah kenaikkan cuma "timing" sahaja mungkin tidak kena pada masanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, jumlah kenaikkan harga teksi dan bas express ini bukan dibuat suka-suka tetapi telah melalui satu proses kajian yang menyeluruh dan mendalam termasuk engagement dengan pelbagai "stakeholders" seperti persatuan teksi, persatuan pengguna, pelajar dan lain-lain pihak yang berkaitan.

Selain itu, kenaikkan kali ini yang dibawa oleh SPAD juga sebenarnya lebih rendah yang diminta oleh persatuan teksi dan pengusaha bas express. Ini kerana SPAD sebagai regulator perlu mengimbangi antara keperluan pengusaha serta kepentingan rakyat. Jadi untuk mendapatkan a win-win situation kenaikkan tambang ditetapkan pada paras pertengahan.

Memandangkan kabinet dah keluarkan arahan untuk tangguh, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana akur dengan keputusan kabinet. Ini membuktikan SPAD tidak pernah membelakangi Perdana Menteri malah akur dengan kehendak serta arahan PM. 

I believe the next time, we can manage this issue better. 

2 comments:

usin said...

Akur atau kena hambur, mana satu nak?

usin said...

Akur atau kena hambur, mana satu nak?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget