Yes, you heard it right. Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr. Mashitah Ibrahim yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kampus Kuin Kuala Ketil pada 1 Mac lalu tidak dibayar sebarang gaji tetapi melakukan tugas ini kerana fi sabilillah. Bagi kami di #KLChronicle, tidak ramai pemimpin di BN mahu pun PR yang sanggup melakukan perkara ini.
Kesanggupan Dato Dr. Mashitah Ibrahim untuk menerima tanggungjawab ini membuktikan kesungguhan Dato Dr Mashitah Ibrahim untuk menaikkan taraf sekolah pondok di negeri Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Memetik kata-kata Dato Dr. Mashitah, perjanjian antara KUIN dan YPPM membawa impak besar terhadap institusi dan perkembangan pengajian pondok di negara kita.
Ini kerana, KUIN telah menjadi antara pusat pengajian pertama di negara ini mewujudkan kerjasama dengan institusi pondok sekaligus menjadikan KUIN "pioneer" dalam bidang ini. Malah, menurut Dato Dr. Mashitah, memorandum perjanjian ini dibuat atas keyakinan wujudnya sinergi dari segi pengalaman, pengetahuan dan sumber insan yang boleh memanfaatkan Kuin, YPPM dan negara, khususnya dalam usaha membangun dan memperkasakan institusi dan sistem pendidikan pondok di Malaysia.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah mendekati institusi pondok ini bagus kerana mereka merupakan "a knowledge centre" dimana pusat ini telah bertapak berpuluh tahun di negara ini dan masih menjadi tempat rujukan bukan sahaja rakyat di negara ini malah wujud juga situasi dimana saudara Islam dari serata dunia datang ke Malaysia untuk mendalami ilmu pengajian pondok negara ini.Ini membuktikan institusi pondok kita adalah antara yang terbaik.
Sudah tentu, ramai juga orang yang "skeptic" ataupun ragu-ragu dengan perjanjian ini. namun, menurut Dato Dr. Mashitah:
Beliau yakin dapat melaksanakan tugas seperti diharapkan kerana di bawah MoU ini, Kuin bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan yang diperlukan untuk program/aktiviti yang dijalankan bersama, kemudahan penyelidikan/kajian seperti perpustakaan, bilik dewan, padang dan peralatan, serta sokongan logistik dan jaringan.
Manakala YPPM pula bersetuju menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal, serta sokongan logistik dan jaringan.
Walaupun MoU ini adalah antara dua pihak, ia tidak mengehadkan kerjasama YPPM atau PKP dengan institusi atau universiti lain, misalnya mengadakan kajian atau penyelidikan bersama.
Bagi kami di #KLChronicle, kami berdoa agar usaha murni kedua pihak ini diberkati dan sekaligus menaikkan taraf sekolah pondok di negara ini setaraf sekolah pondak yang terbaik di dunia. Insyallah.
No comments:
Post a Comment