KL CHRONICLE: #BilaKLTidur BN tidak perlu tergesa-gesa nyata pendirian hudud, kata Annuar Musa

Wednesday, March 25, 2015

#BilaKLTidur BN tidak perlu tergesa-gesa nyata pendirian hudud, kata Annuar Musa



Tiada keperluan untuk Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan undang-undang hudud yang dibawa PAS, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, rang undang-undang hudud itu merupakan usul persendirian dan tiada tempoh pasti bila ia akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat. 



"Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai. 

"Oleh sebab itu, belum sampai masanya. BN tak perlu tergesa-gesa," katanya, ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini. 

"Dalam hal ini, BN tidak seharusnya mendahului tuan punya rang undang-undang, iaitu PAS dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Annuar berkata, lebih-lebih lagi apabila isu hudud itu masih belum diselesaikan di peringkat kepimpinan PR. 

"Hudud ini masih di peringkat PAS dan PR, di mana masih ada isu-isu yang belum selesai, kita tak perlu campur. 

"BN kena dengar dahulu semua pendapat sebab ini isu penting yang sentuh agama dan keharmonian," katanya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget