KL CHRONICLE: ‘Setuju untuk tidak bersetuju’ banyak perkara, mampukah Pakatan perintah negara?

Monday, February 9, 2015

‘Setuju untuk tidak bersetuju’ banyak perkara, mampukah Pakatan perintah negara?


Hakikat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan mesyuarat khas untuk meluahkan perbezaan sama ada untuk mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah pengakuan mereka bertemu satu lagi isu kritikal di mana mereka perlu "setuju untuk tidak bersetuju".



Penganalisis berkata, keadaan ini mencetuskan lebih banyak persoalan sama ada gabungan berusia 6 tahun itu cukup padu dan bersedia memerintah negara ini, kerana pilihan raya PBT bukan seperti hudud, dipersetujui ketika manifesto bersama mereka.
Hudud, undang-undang jenayah syariah Kelantan istimewa kerana ia diluluskan pada 1993 oleh kerajaan negeri PAS dan mendahului pembentukan PR pada 2008.
Pilihan raya PBT seperti didakwa beberapa pemimpin PR, dipersetujui oleh semua rakan dalam pakatan itu pada 2013 dalam rangka kerja dasar bersama, yang hampir sama seperti manifesto.
Jadi jika 3 parti ini tiba-tiba bergaduh mengenai sesuatu yang sudah mereka persetujui sebelum ini sebagai satu gabungan, tentunya ramai tertanya-tanya isu apa lagi yang akan mereka gaduhkan jika mengambil alih kuasa persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2014?
‘mengukuhkan demokrasi di peringkat tempatan’,” kata Suhaizan, ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR, semalam.
Mesyuarat majlis itu, yang diadakan dalam keadaan sakit hati antara PAS dan DAP, memutuskan gabungan itu akan mengadakan siri mesyuarat khas untuk membincangkan perkara pilihan raya PBT dan rang undang-undang hudud Kelantan.
Ini susulan daripada drama pemimpin PAS dan DAP saling bertukar kenyataan balas berhubung pilihan raya PBT sejak beberapa minggu lalu.
Perdebatan itu membawa sehingga terkeluarnya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang langkah seumpama akan lebih menjejaskan perpecahan kaum dan mencetuskan satu lagi rusuhan kaum 13 Mei.
Suhaizan mengakui wujud perbezaan pendapat di kalangan barisan kepimpinan mengenai sama ada perlu atau tidak melaksanakan pilihan raya PBT.
Sementara seperti Hadi dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak bersetuju, ada yang lain seperti bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyokong langkah itu.
Maszlee, yang juga penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, percaya perbezaan pendapat mencerminkan mentaliti bertentangan antara pemimpin PAS. Maszlee percaya pendapat Hadi mengenai pilihan raya PBT dan cara beliau melihatnya daripada lensa perkauman adalah pandangan minoriti dalam PAS.
Mentaliti eksklusif Hadi bukan saja kebiasaan di kalangan pemimpin PAS, kata Maszlee. Ia berkembang pada pemimpin lebih tua PR lain yang menjadi sangat sedar politik dan aktif apabila parti mereka beroperasi sendiri.
Pemimpin lebih muda PR, terutama mereka yang sangat aktif selepas era reformasi 1998, menyerap dalam politik gabungan dan selesa bekerja menerusi perbezaan ideologi parti mereka, katanya.
“Pemimpin muda lebih matang. Pertelingkahan perkauman terhadap pilihan raya PBT tidak berasas. Itu hanya pendapat Hadi,” kata Maszlee.
Perbezaan dalam mentaliti di kalangan pemimpin PAS, kata Maszlee, turut wujud dalam isu hudud Kelantan.
“Ada perdebatan mengenai apa yang lebih utama. Banjir besar menyebabkan Kelantan musnah dan sesetengah pemimpin percaya mereka perlu menyelesaikan perkara itu dulu,” katanya.
Visi bersama
Pandangan dunia yang berbeza, juga menyebabkan visi berbeza dalam apa yang pemimpin PR mahukan bagi pendirian pakatan dan jenis Malaysia bagaimana mereka mahu bentuk jika menang kuasa persekutuan.
individu.
“Satu lagi ialah negara Islam, menerusi undang-undang agama. Anda pilih pemimpin yang warak untuk memerintah semua orang dan ini mengurangkan keperluan untuk lebih demokrasi,” kata Wong, yang juga ketua Analisis Politik dan Sosial, Institut Pulau Pinang.
Wong berkata, dengan hudud, ia jadi terlalu penting dan ia sangat menjejaskan untuk sekadar menyerahkan kepada Majlis Pimpinan PR menyelesaikannya.
Memandangkan untuk membenarkan Kelantan melakukannya, ia akan mengubah hubungan kuasa persekutuan – negeri, hubungan di belakang perbezaan kelas rakyat dan akhirnya membentuk negara.
“Misalnya, apabila Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama Semenanjung pada 1963, mereka tidak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang seperti itu. Jadi anda perlu ambil juga pandangan mereka.
“Dan juga pandangan bukan Islam, kerana apa akan jadi apabila jenayah membabitkan mangsa bukan Islam dan pelakunya seorang umat Islam?
“Perdebatan mengenainya perlu jadi sivil, rasional dan inklusif dan tidak boleh hanya sekadar membabitkan pemimpin PR, tetapi masyarakat keseluruhannya,” kata Wong.
Maszlee berkata, untuk menyelesaikan perbezaan ini dan akhirnya mencapai visi bersama untuk PR, memerlukan satu mentaliti yang tidak ada di kalangan pemimpin tua PR.
“Saya percaya orang seperti Hadi, (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang dan malah (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim patut letak jawatan dan beri generasi muda bentuk PR,” katanya.
Apa yang lebih penting, kata Wong, PR perlu meyakinkan masyarakat untuk percaya dengan visi bersama mereka terlebih dulu sebelum gabungan itu melaksanakannya secara politik.
“Misalnya, jika anda secara politik melaksanakan undang-undang syariah sebelum masyarakat berubah untuk menerimanya, mereka akan menolak.
“Sebab itulah, perdebatan dan keputusan mengenainya perlu membabitkan semua rakyat,”

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget