KL CHRONICLE: Tahniah Tok Guru Pak Teh Mat , Kerajaan Kedah Iktiraf Ulama Pondok

Monday, January 26, 2015

Tahniah Tok Guru Pak Teh Mat , Kerajaan Kedah Iktiraf Ulama Pondok



Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Kedah Darul Aman yang dipimpin oleh Datuk Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir kerana telah memberi pengiktirafan kepada sekolah pondok di negeri tersebut baru-baru ini. Pengiktirafan ini adalah apabila seorang Tok Guru Sekolah Pondok yang sangat disegani di Kedah iaitu Tok Guru Pak Teh Mat telah dikurniakan Darjah Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato'.



Bagi kami di #KLChronicle, langkah yang diambil oleh kerajaan negeri ini merupakan satu langkah yang terpuji. Ini kerana, umum ketahui bahawa institusi pengajian pondok merupakan antara institusi pengajian yang terawal dalam negara dimana sekolah pondok disertai oleh anak melayu beragama Islam yang berminat dalam ilmu agama. 

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Kami di #KLChronicle difahamkan Tok Guru Pak Teh, atau nama sebenar beliau Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor telah dicadangkan oleh Datuk Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir bagi menerima pingat D.S.D.K ini memandangkan jasa dan sumbangan Tok Guru Pak Teh begitu banyak di Kedah dalam mendidik anak bangsa. Pencalonan Tok Guru Pak Teh juga telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah dan membuktikan kerajaan negeri mengiktiraf instituti pengajian pondok.

Apa yang dilakukan di Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Tun Razak apabila Perdana Menteri sendiri telah memberi persetujuan beliau untuk penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang objektif utama penubuhanya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran. [Jom Ketahui Apa Itu Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM]

Lebih manis lagi, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah anak kelahiran negeri Kedah sendiri iaitu Dato Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan seorang penceramah agama yang popular di negara ini. Dilihat dengan ketara disini bahawa Negeri Kedah melalui Dato Dr. Mashitah Ibrahim adalah "jambatan" kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dalam memperkasakan institusi pondok di negara ini. 

Kami berharap lebih banyak negeri dapat memberikan penghargaan terhadap segala usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh sekolah pondok selama ini. Jika bukan kita sebagai kerajaan islam yang memberikan pengiktirafan kepada mereka, siapa lagi? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget