#KLChronicle says : Pada 17 November yang lalu, kami di #KLChronicle telah menulis satu artikel mengenai Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM). Artikel tersebut boleh dibaca di link berikut :http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/11/yayasan-pembangunan-pondok-malaysia.html . Namun, kami rasakan artikel tersebut tidak menceritakan dengan mendalam beberapa perkara asas dan penting berkaitan YPPM. Oleh sebab tersebut, hari ini kami bercadang untuk berkongsi dengan pembaca dengan lebih mendalam apa itu YPPM.
PENGENALAN
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Tun Razak adalah Penaung YPPM |
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah idea YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak.
Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim adalah Pengerusi Eksekutif YPPM |
Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim mengambil inisiatif menubuhkan yayasan ini dan didaftarkan sebagai sebuah badan kerajaan pada 1 Ogos 2012.Dato’ Sri Mohd Najib ialah Penaung YPPM, manakala Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM.
VISI & MISI
Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.
Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.
Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.
KONKLUSI
Berdasarkan penerangan di atas berkaitan YPPM, kami rasakan tindakan kerajaan Barisan Nasional menubuhkan YPPM adalah sesuatu perkara yang wajar dibanggakan. Inisiatif yang diambil oleh Senator Dato' Dr. Mashitah juga tepat pada masanya kerana umum ketahui bahawa terdapat sekolah pondok yang mempunyai masalah kewangan, pentadbiran dan sebagainya. Namun, dengan tertubuhnya yayasan ini insyallah sekolah pondok akan mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment