KL CHRONICLE: Walaupun Harga Minyak Turun, Pemuda PKR tetap Gila Mahu Protes @NikNazmi

Saturday, December 20, 2014

Walaupun Harga Minyak Turun, Pemuda PKR tetap Gila Mahu Protes @NikNazmi

Walaupun Kerajaan Akan Turunkan Harga Minyak, @NikNazmi tetap mahu berdemonstrasi
Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.



Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.

Akmal turut memaklumkan, tindakan mereka mengedar risalah di Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini menerima reaksi negatif pelbagai pihak.

"Namun kami mengambil maklum cadangan untuk edar risalah di Stadium Bukit Jalil hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak negara.

1 comment:

Gabenor johor said...

Puak PR ini hanya berani bercakap dlm blog mereka sahaja..tiada jati diri..bila tiba masa berbagai alasan dicipta..mereka terkejut dgn kehadiran MB Selangor dgn PM menonton perlawanan bola tersebut

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget