KL CHRONICLE: Syabas!! #Malaysia hantar aset tentera bantu cari pesawat @AirAsia #QZ8501 yang hilang

Sunday, December 28, 2014

Syabas!! #Malaysia hantar aset tentera bantu cari pesawat @AirAsia #QZ8501 yang hilang

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berjumpa dengan bos AirAsia Tony Fernandes di ibu pejabat syarikat penerbangan itu. Malaysia mengumumkan penghantaran aset tentera bagi membantu mencari pesawat yang hilang. – Gambar ihsan Twitter.


Malaysia sudah menghantar aset ketenteraan bagi membantu pencarian pesawat tambang murah AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang awal pagi ini dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Indonesia dan Singapura, menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu Indonesia dalam operasi mencari.



"Saya berhubung dengan rakan negara jiran kita, Ignasius Jonan di Indonesia dan Lui Tuck Yew di Singapura bagi menghantar bantuan yang kita miliki di masa yang sangat memerlukan ini," kata Liow pada sidang media di ibu pejabat AirAsia petang ini.

Liow juga berkata, sebuah Pusat Koordinasi Kecemasan sudah ditubuhkan di Menara Kawalan Udara Subang (ATCC) bagi mengendalikan usaha mencari pesawat malang terbabit.
Pesawat AirAsia Indonesia, jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi ini waktu Indonesia.

Ia membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin terdiri daripada 156 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, Singapura (1), Malaysia (1) dan Perancis (1).

Ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya jam 5.35 pagi waktu Indonesia dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura 8.30 pagi waktu Singapura.

Kedudukan terakhir ia dikesan berada pada lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan Kawasan Maklumat Penerbangan Indonesia dengan ketinggian terakhir pada waktu itu 32,000 kaki. – 28 Disember, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget