KL CHRONICLE: Sani Express, Transnasional Bhd dan Pos Malaysia antara yang diiktiraf Kerajaan

Tuesday, November 18, 2014

Sani Express, Transnasional Bhd dan Pos Malaysia antara yang diiktiraf Kerajaan



#KLChronicle : Kami di KL Chronicle ingin mengucapkan tahniah kepada pengusaha syarikat bas express bumiputera iaitu Sani Express Sdn. Bhd dan Konsortium Transnasional Berhad kerana telah dianugerahkan "Best Operator" dan "Best Innovation" bagi kategori Bas Express pada majlis Anugerah Syarikat Bas dan Teksi Contoh yang diadakan malam tadi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 




Bagi kami, pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan melalui SPAD terhadap syarikat bumiputera yang berprestasi tinggi ini satu perkara yang patut dibanggakan. Ini membuktikan bahawa syarikat bumiputera juga berkebolehan dalam perniagaan dan bukan hanya "boleh hidup" dengan kontrak kerajaan seperti yang diperkatakan oleh beberapa pihak. 

Antara sebab Sani Express berjaya memenangi anugerah pada tahun ini adalah kerana:

  1. Pengurusan yang baik i.e. OSH Management System
  2. Program Keselamatan i.e. bersama PDRM, AADK, SPAD & JKJR
  3. Penyelenggaraan : Dilakukan bersama syarikat terkemuka SCANIA
  4. Perkhidmatan Pelanggan i.e. Bas yang bersih dan kualiti udara dalam bas dikawal
  5. Pengawasan: Semua bas dilengkapi GPS dan diawasi 24 jam oleh pusat kawalan
  6. Anugerah : Telah memenangi pelbagai anugerah antaranya 4 Star Safety Rating by MIROS. 
Jika dilihat dengan teliti, contohnya Sani Express, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan berpengkalan di Terengganu.Namun, dalam masa tidak sampai 7 tahun syarikat ini telah berkembang sehingga beroperasi keseluruh negara dengan bas 2-tingkat mereka yang unik. Selain itu, syarikat ini juga telah berjaya memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna sekaligus membolehkan mereka memenangi anugerah SPAD pada tahun ini.

Kami juga diberitahu, antara sebab mengapa Sani Express, Transnasional

Pada anugerah yang diadakan malam tadi, bukan sahaja Sani Express dan Konsortium Transnasional Berhad yang telah memenangi anugerah, malah syarikat - syarikat berikut juga telah berjaya dalam beberapa category:



BEST OPERATOR:

Intercity and Urban Rail - Express Rail Link Sdn Bhd,
Express Bus - Sani Express Sdn Bhd
Freight Under A Class License  - Sin Kung Logistic Sdn Bhd
Freigh Under KA Class License - Century Total Logistic Sdn Bhd

BEST INNOVATION

Express Bus - Konsortium Transnasional Berhad
Freight Under A Class License - Pos Malaysia Berhad

SPECIAL MERITS AWARD

1. OPERATOR

Stage Bus - Syarikat Pengangkutan Maju Sdn Bhd

2. INNOVATION

Freight Under KA Class License  - LC Forwarders Sdn Bhd 



Kami di KLChronicle juga ingin mengucapkan tahniah kepada SPAD kerana menganjurkan anugerah seperti ini. Ini kerana, naluri manusia mahukan penghargaan/dihargai jika mereka telah melakukan sesuatu dengan baik. SPAD memahami perkara ini dan telah melakukan perkara yang betul. Diharap dengan penganugerahan ini, lebih ramai syarikat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget