KL CHRONICLE: PAS Wilayah Meroyan, Kini Macam Orang Gila Mahu Berdepat dengan Pemuda UMNO Wilayah @razlanrafii

Friday, November 14, 2014

PAS Wilayah Meroyan, Kini Macam Orang Gila Mahu Berdepat dengan Pemuda UMNO Wilayah @razlanrafii

Khairil dulu mengkritik rakan dalam PR seperti Nik Nazmi

PAS Wilayah Persekutuan yang kini ditolak oleh rakan mereka dari PKR dan DAP hari ini menolak cadangan untuk mengadakan muzakarah sesama umat Islam sepertimana yang dicadangkan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Ir Khairil Nizam berkata PAS tetap mahukan isu tersebut diselesaikan melalui debat.



Ujar beliau, pelawaan muzakarah sesama umat Islam oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafli disifatkan sebagai cubaan menyelesaikan tuduhan ke atas PAS itu secara gelap.


“Sekarang ini isu melibatkan parti, UMNO telah memfitnah PAS mengatakan PAS parti sesat, kemudian hendak selesai secara gelap?.

“Kita bantai secara depan-depan, hendak bincang pun secara depan-depan. Bila dah diajak, takut. Lain kali jangan (ajak),” katanya, lapor Harakah.

Semalam Mohd Razlan menegaskan, UMNO tidak akan terima pelawaan debat dari PAS, sebaliknya bersedia mengadakan muzakarah sesama umat Islam antara dua parti tersebut untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan ummah.

Beliau mengakui lebih selesa sekiranya debat itu digantikan dengan muzakarah atau perbincangan tertutup selepas berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2014 pada hujung bulan ini.

“Perkara ini kita akan bincang secara tertutup dan bukan mahu cari populariti semata-mata,” ujarnya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget