KL CHRONICLE: Kini Chong Wei Kini Digantung

Saturday, November 8, 2014

Kini Chong Wei Kini Digantung


Pemain badminton terhandal negara, yang disahkan positif mengambil bahan terlarang dexamethasone digantung buat sementara waktu, menunggu sesi pendengaran ujian rawak oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, sesi tersebut dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu.



Bagaimanapun, BAM enggan menamakan pemain tersebut atas alasan mengikut peraturan BWF, walaupun spekulasi mengatakan ia melibatkan pemain nombor satu dunia negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebelum ini dilaporkan Lee terlibat dalam skandal tersebut selepas kesan dexamethasone dijumpai dalam air kencingnya (sampel A) semasa ujian rawak yang dijalankan di Kejohanan Dunia.
Dexamethasone adalah sejenis steroid dengan fungsi anti-radang, biasanya digunakan untuk membantu pemulihan atlet.

Norza memberitahu sidang media yang penuh sesak itu nama pemain tersebut akan didedahkan sebaik pendengaran rayuan selesai.

Beliau berkata BWF sudahpun memaklumkan BAM semalam tentang sampel B pamain itu yang diuji positif bagi bahan larangan anti-radang demaxathesone. – 8 November, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget